berita

Ada Lebih 24 Akvititi Best Untuk Korang Sertai Di FitMalaysia. Semua Orang Boleh Join!

September 6th, 2019 | by Intan Mahsuri
Shout Out!

Aktiviti seperti berjoging dan maraton adalah sukan ringkas dan mudah untuk korang kekal sihat. Kalau korang baru nak mulakan gaya hidup sihat, inilah masanya untuk korang cuba berjinak-jinak dengan aktiviti larian.

Tak payah terus join maraton. Korang start dengan joging atau fun run pun dah okay.

Mulakan dengan FitMalaysia. Banyak aktiviti best!

Kalau korang nak tahu, ada 5 program FitMalaysia peringkat zon mengikut negeri dan melibatkan pelbagai jenis aktiviti kecergasan yang menarik. Yang penting, sesuai untuk semua lapisan umur. Siapa-siapa pun boleh sertai!

Aktiviti utama yang diadakan ialah Fun Run (5km), Fun Ride (30km) dan Family & Para Fun Walk (3km). Selain tu, ada 24 aktiviti kecergasan, sukan dan rekreasi yang terbahagi kepada kategori individu dan berkumpulan. Memang best wei!

FitMalaysia nak terjah Melaka September ni!

Bulan lepas, FitMalaysia dapat sambutan hangat daripada penduduk Sabah. Memang luar biasa dan berjaya mencapai sasaran seramai 22 ribu peserta.

Kali ni FitMalaysia nak turun Melaka pulak. Ia akan diadakan pada 14 September 2019 di Dataran Pahlawan Melaka Megamall, Bandar Hilir. Haa apa lagi orang Melaka, ini je peluang korang untuk beriadah sambil bergembira. Lagi pun, ini lokasi terakhir FitMalaysia tau!

Yuran penyertaan PERCUMA & terbuka untuk semua orang!

Selalunya kalau aktiviti yang melibatkan larian ni dikenakan caj. Tapi, untuk FitMalaysia korang tak payah nak  keluarkan duit dari poket tu sebab tiada bayaran pon dikenakan! FREE of charge!

FitMalaysia juga ada 10 ribu unit medal untuk korang menangi bagi setiap penyertaan aktiviti utama. Paling syok, setiap penyertaan, korang bakal menerima sijil digital daripada FitMalaysia.

FitMalaysia terbuka kepada semua masyarakat Malaysia tak kira dari bangsa, agama dan umur. Korang nak ajak mak, ayah, adik, abang, anak atau sesiapa pun boleh! Memang semua digalakkan hadir bagi memupuk minat terhadap sukan dan gaya hidup sihat.

Macam mana nak sertai?

Cara nak sertai senang je! Korang download aplikasi JomRun di Play Store ataupun App Store. Kemudian, mohon melalui aplikasi tersebut.

Kalau nak tahu lebih lanjut berkenaan FitMalaysia, korang boleh kunjungi laman Facebook, Instagram dan Twitter KBSMalaysia takpun terus je ke website FitMalaysia.

SKIP THIS AD ×