berita

‘Ada Lelaki Pakai Helmet’ – Baru 2 Bulan Beroperasi, Pasar Raya Milik Ebit Lew Dipecah Masuk

September 3rd, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Seperti yang umum tahu, pendakwah terkenal iaitu Ustaz Ebit Lew telah membuka beberapa cawangan pasar raya, Elews Mart pada pertengahan Julai lalu. Difahamkan sambutan yang diterima daripada orang awam sangat menggalakkan. Namun, lain pula jadinya apabila pasar raya cawangan Sungai Buloh telah dipecah masuk oleh dua individu tidak bertanggungjawab

Elews Mart dipecah masuk

Sayu pagi ini bila dapat tahu Elewsmart Sg Buloh kena pecah masuk 3.30 pagi. Ada rakaman cctv. 2 lelaki pakai helmet. Ya Allah aku mengadu sedih dan susahku hanya padaMu. Semoga Allah beri pelajaran padanya. Pohon doa semua yer biar semua jadi asbab kebaikan dan hidayah. Pasti ada rahmat disebalik semuanya. Innalilahi wa inna ilaihi rajiun. Allahumma ajurni fi musibati wa akhlifli hoiron minha. Semua dari Allah kembali padanya. Ya Allah ganjarkanlah atas musibah ini dan gantikanlah dengan sesuatu yang lebih baik.

Menerusi perkongsian terbaru Ustaz Ebit Lew di Facebook, dia meluahkan rasa sedih apabila kedai miliknya iaitu Elews Mart cawangan Sungai Buloh telah dipecah masuk oleh individu tidak bertanggungjawab. Menerusi sekeping gambar daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dimuatnaik Ustaz Ebit, memperlihatkan dua individu memakai helmet telah memasuki pasar raya berkenaan sekitar jam 3:30 pagi tadi.

Ustaz Ebit walau bagaimanpun redha dengan ujian tersebut dan percaya pasti ada hikmah disebaliknya. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kesal dengan sikap segelintir individu yang tergamak melakukan perbuatan terkutuk itu. Tidak kurang juga ada di antara mereka berdoa supaya Ustaz Ebit sentiasa dimurahkan rezeki dan perniagannya akan lebih maju.

‘Sabar ya ustaz’

Ada hikmah disebaliknya

Sumber: Ustaz Ebit Lew

SKIP THIS AD ×