berita

Ada Plan Nak Bercuti? Dapatkan Pakej Kombo Flight & Hotel Dari AirAsia Dengan Harga Terbaik!

June 19th, 2020 | by Azyan
Shout Out!

Akhirnya! Setelah lama stuck dekat rumah, sekarang korang dah boleh pergi bercuti. Mesti korang dah plan nak jalan-jalan pergi mana kan? Ada yang plan bercuti dengan family, ada yang plan bercuti dengan kawan-kawan. Semua pun boleh!

Alang-alang tu boleh tolong support ekonomi lokal jugak kan? Sekarang lagi best sebab AirAsia ada tawaran terbaik untuk korang. Dengar kata ada banyak penjimatan, wow!

Korang hanya perlu tempah melalui SNAP, harga serendah RM139*!

AirAsia sekarang sedang meneruskan usaha untuk memacu industri pelancongan domestik selepas PKP. Sebab tu, AirAsia bekerjasama secara terus dengan hotel-hotel tempatan menawarkan harga terbaik dengan penjimatan lebih besar untuk korang tau!

Melalui SNAP, sebuah platform tempahan kombo penerbangan dan hotel, pengguna boleh nikmati harga serendah RM139* untuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang. Siap boleh tidur di Hotel Le Embassy lagi. Syoknya!

Bukan itu je! Korang juga boleh dapatkan penerbangan dan hotel dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur dengan harga RM199* dan hanya RM299* dari Kota Kinabalu ke Sandakan!

*Harga yang dinyatakan dalam bahan promosi adalah untuk seorang dengan bilik berkembar, tambang penerbangan pergi-balik dan penginapan selama 3 hari 2 malam yang mungkin berbeza mengikut tarikh dan ketersediaan. Terma dan syarat tambahan seperti penginapan minimum, tarikh tersedia, ketersediaan bilik dan tempahan awal mungkin dikenakan. Harga yang dinyatakan adalah khusus untuk destinasi dan hotel yang dinyatakan di atas. Untuk terma dan syarat penuh layari https://air.asia/w5cq7

Jimat banyak tu! Deals ni sampai bila?

Jualan ini boleh didapati di airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia dari 16 Jun sehingga 21 Jun 2020 untuk perjalanan antara 15 Julai dan 30 November 2020!

Tawaran ini dapat bagi faedah secara langsung kepada korang dengan kemudahan dan penjimatan yang lebih besar. Selain itu, ia juga dapat membantu mempercepatkan pemulihan pelancongan domestik. Jadi, korang pun kenalah support industri pelancongan negara.

Hotel apa yang ada dalam SNAP?

Hotel-hotel yang tersedia melalui SNAP merangkumi hotel bertaraf 3 hingga 5 bintang. Antaranya ialah The Chow Kit – An Ormond Hotel, MoMo’s Kuala Lumpur, Tune Hotels, Lexis Port Dickson, Vouk Hotel Suites dan banyak lagi.

Dan jangan risau, bagi hotel-hotel tempatan lain yang berminat untuk bekerjasama dan menjadi sebahagian daripada revolusi SNAP, korang boleh hubungi mereka dekat sini.

Melancong tanpa ragu dengan AirAsia!

Selain mematuhi nasihat dan peraturan daripada kerajaan tempatan dan pihak berkuasa kesihatan, AirAsia juga melaksanakan prosedur tanpa sentuhan sepanjang perjalanan, langkah-langkah keselamatan baharu, dan kemudahan untuk mereka yang berisiko. So, korang jangan risau okay!

Pihak perhotelan juga telah meningkatkan standard keselamatan dan amalan kebersihan mereka dengan menyediakan persekitaran yang selamat dan selesa untuk tetamu.

Hotel-hotel telah melaksanakan pendekatan baharu untuk mengatasi kesan COVID-19, seperti pembentukan majlis  kebersihan, proses pembersihan baharu dan rutin pembersihan yang lebih ketat.

Jadi, apa korang tunggu lagi? Jom dapatkan tawaran menarik AirAsia ni melalui SNAP. Untuk maklumat lanjut mengenai deals ni, korang boleh klik dekat SINI!

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×