berita

‘Ada Ramai Lagi Lelaki Bujang, Kenapa Perlu Rampas Suami Orang?’- Rozita Che Wan

March 15th, 2018 | by Ash Nordin
Isu & Kontroversi

Walaupun sibuk dengan karier seni dan perniagaan, Rozita Che Wan atau lebih dikenali dengan panggilan Che Ta akan sentiasa cari masa untuk bersama suami dan anak-anak tercinta. Lihat sendiri di Instagram Che Ta, mereka sekeluarga sering berjalan-jalan untuk merapatkan lagi hubungan antara satu sama lain.

Selain itu, semua sedia maklum bahawa Che Ta pernah menghadapi situasi penceraian pada ketika dahulu. Perpisahan merupakan perkara yang sangat berat diterima tetapi demi kebaikan bersama, ia harus dilakukan juga. Jadi kepada wanita di luar sana, baca nasihat dari Che Ta ini. Setuju tak?

‘Saya anti perampas suami orang!’

Menerusi Astro Awani, pelakon jelita Rozita Che Wan tidak bersetuju dengan tindakan sesetengah wanita merampas suami orang. Walaubagaimanapun Che Ta tidak menyalahkan golongan lelaki sekiranya mereka ingin mengambil keputusan untuk berpoligami.

Saya anti perampas suami orang! Sebenarnya perempuan sendiri yang menghancurkan hidup perempuan lain!

Kita tidak boleh menghalang lelaki daripada berkahwin dengan wanita lain namun sebagai wanita kita boleh menghalang diri daripada berkahwin dengan suami orang.

Ada ramai lagi lelaki bujang, kenapa perlu rampas suami orang?

Namun, jangan salah anggap. Kenyataan saya ini tidak bermakna saya menolak poligami.

Selain itu, Che Ta yang pernah berdepan dengan situasi penceraian waktu dahulu turut menyeru wanita dimadukan atau dirampas wanita lain untuk teruskan kehidupan.

Past is past! Anggap sahaja jodoh dengan suami anda setakat itu sahaja.

Allah mahu berikan yang lebih baik untuk kita. Mungkin dia bukan yang terbaik untuk kita.

Sumber: Astro Awani

Save

SKIP THIS AD ×