Kalau ada extra RM120 dalam poket setiap bulan, macam-macam boleh buat. Nak belanja makan dengan keluarga, beli barang dapur, tau tambah simpanan.
Tapi pernah tak korang terfikir, dengan RM120 yang sama, korang sebenarnya boleh dapat lebih banyak nilai untuk kegunaan seisi keluarga?
Daripada habiskan RM120 untuk satu perkara sahaja, jumlah ini boleh dimanfaatkan untuk mendapatkan pelan mudah alih ULTRA Family U Mobile.
Lebih menarik, korang boleh port-in sambil mengekalkan nombor telefon sedia ada, jadi tak perlu risau tentang menukar nombor yang sudah lama digunakan.
Jom tengok apa lagi yang ditawarkan menerusi ULTRA Family U Mobile.
Port-in ke U Mobile & nikmati rebat hebat
Bermula 5 Ogos 2026 hingga 31 Disember 2026, U Mobile menawarkan rebat RM120 kepada pelanggan yang melakukan port-in ke mana-mana pelan ULTRA Postpaid atau ULTRA Family.
Rebat tersebut diberikan dalam bentuk diskaun RM10 pada bil bulanan selama 12 bulan berturut-turut, menjadikan komitmen bulanan lebih rendah sepanjang tempoh tersebut.
Bagi yang ingin menggunakan satu pelan untuk seisi keluarga, ULTRA Family boleh menjadi pilihan menarik kerana ia membolehkan sehingga empat talian berkongsi manfaat dalam satu pelan.
Dengan rebat RM120, pelan ini berharga RM118 sebulan, atau sekitar RM29.50 sebulan bagi setiap talian jika dikongsi empat orang. Dengan rebat RM120, pelan ini kini ditawarkan pada harga RM118 sebulan. Kalau dikongsi empat orang, kosnya kira-kira RM29.50 sahaja bagi setiap talian.
Bukan sekadar menjimatkan, ULTRA Family turut menawarkan 1,000GB data 5G, selain roaming global percuma di lebih 60 destinasi dan akses kepada ULTRA5G Pas Prioriti. Best kan?
ULTRA Family 128, pilihan berbaloi untuk seisi keluarga
Apa yang membuat pelan ULTRA Family 128 istimewa untuk kegunaan seisi keluarga adalah kemudahannya.
Banyangkan, dengan hanya satu bil bulanan korang boleh sambungkan ke 4 talian terus. Lebih mudah nak urus dan lebih senang pantau perbelanjaan telefon setiap bulan.
Apa yang penting, korang tak perlu tukar nombor telefon pun. Guna je nombor sedia ada dan lakukan port-in sama ada melalui laman web U Mobile atau di mana-mana U Mobile Store yang berhampiran.
Berikut adalah info mengenai kemudahan yang pelan ULTRA Family 128 tawarkan:-
ULTRA Family 128
- RM128 sebulan
- RM118 sebulan untuk 12 bulan pertama, hanya 29.50 untuk satu talian (rebat port-in RM120)
- Sambungan sehingga 4 talian
- 1000GB data 5G internet
- Roaming Global PERCUMAdi lebih 60 destinasi
- Panggilan tanpa had ke semua rangkaian
Ada ‘extra’ yang U Mobile belanja
Yang buat pelan ULTRA Family 128 ni best dan lain daripada telco lain adalah “extra goodies” yang mereka bagi. Susah la korang nak dapat tawaran macam ni kat tempat lain:
- ULTRA5G Priority Pass PERCUMA (12 kali): Korang pernah tak rasa stress bila kat tempat sesak macam stadium atau konsert, line terus slow? Ha, dengan pass ni, korang dapat keutamaan rangkaian. Internet tetap smooth walaupun orang lain tengah ‘siput’!
- ULTRA Security Pro (PERCUMA 3 bulan): Pelan ni siap ada perlindungan identiti dan akan pantau kalau ada data bocor. Kira macam ada bodyguard digital untuk satu keluarga.
- Beli 1 Percuma 1 Telefon 5G: Ini yang buat orang toleh dua kali. Dah la bil murah, siap boleh dapat telefon baru untuk ahli keluarga. Upgrade device sambil jimat poket! Termasuk Samsung, vivo, OPPO dan banyak lagi
Bukan ULTRA Family sahaja, semua pelan ada rebat
Bagi korang yang single atau tak perlukan pelan keluarga, pelan lain pun ada promosi. Antaranya:-
- ULTRA Postpaid 45 – RM35/sebulan
- ULTRA Postpaid 68 – RM58/sebulan
- ULTRA Global 98 – RM88/sebulan
- ULTRA Family 128 – RM118/sebulan
Ini bermaksud pengguna boleh memilih pelan mengikut keperluan masing-masing sambil menikmati penjimatan sehingga RM120 sepanjang tahun pertama.
Jadi, buat korang yang ada perancangan nak bertukar telco, sekarang mungkin masa yang paling sesuai.
Selain masih boleh mengekalkan nombor telefon sedia ada, pelanggan yang melakukan port-in ke pelan ULTRA Postpaid atau ULTRA Family 128 turut menikmati rebat RM120, menjadikan bayaran bulanan lebih rendah sepanjang 12 bulan pertama.
Apa yang pasti RM300++ untuk bil telefon di zaman ekonomi sekarang, agak mahal sebenarnya… jadi, tak salah korang cuba option lain yang ada di pasaran untuk lebih penjimatan.
Klik SINI untuk aktifkan ULTRA5G!