berita

‘Ada Sesiapa Tahu Atau Boleh Terjemah Ayat Ini?’

February 22nd, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Md Hazrin

Walaupun dunia semakin pesat membangun, penggunaan sihir dalam ‘menjatuhkan’ seseorang itu masih dipraktikkan dan menjadi kebiasaan dalam masyarakat Malaysia. Jika dilihat menerusi perspektif Islam, sihir merupakan amalan yang dilaknat oleh Allah S.W.T. kerana ia memberi impak yang buruk kepada penerimanya.

Seperti foto yang dikongsi pengguna Facebook dikenali sebagai Md Hazrin, memberi gambaran seolah-olah perniagaan rakannya terkena buatan individu yang tidak bertanggungjawab.

Terjumpa ketika tutup kedai

Foto: Md Hazrin

Kisahnya bermula, apabila dia terjumpa bungkusan ‘aneh’ ketika menolong kawannya menutup kedai. Bungkusan tersebut rupa-rupanya telah terselit di dalam payung dan telah dilekat menggunakan pita pelekat.

Ada sesiapa tahu atau boleh terjemah ayat ini? Apa benda ini ya? jumpa time tolong kawan tutup kedai , tergerak hati nak bukak payung dalam besi atas tiba-tiba benda ni keluar di selotep, dah dibalut ayat itu dengan sejenis kulit haiwan.

Jelas lelaki ini lagi, bungkusan tersebut telah dibalut dengan sejenis kulit haiwan. Namun, apa yang menjadi persoalan adalah maksud dia sebalik ayat itu.

Sudah habis postive thinking (mungkin Raja hantar surat pakai merpati). Tapi la ni zaman TikTok mana pakai merpati hanta surat. (nak cakap sihir kasi tak laku memang dah takda orang beli mula-mula je ramai 2 hari).

Pada mulanya, dia hanya bersangka baik dengan bungkusan tersebut dan menganggap itu bukannya sihir yang mahu menjatuhkan perniagaan kawannya. Namun, teori tersebut berubah kerana berlakunya pengurangan pelanggan secara drastik.

Makna disebalik ayat

Ayat penunduk?

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen beranggapan bungkusan tersebut merupakan pelaris yang digunakan dalam menarik lebih ramai pelanggan.

Tidak berakhir di situ, ada juga yang menasihati lelaki itu supaya terus ‘berubat’ sebagai solusi dalam permasalahan ini.

Sumber: Md Hazrin via Komplen Apa Hari Ini?

SKIP THIS AD ×