berita

Ada Smart Meter Di Rumah? Ikut Panduan Ringkas Ni Untuk Guna Tenaga Dengan Lebih Bijak

February 23rd, 2022 | by Aimi Raihana Mudzakir
Kini Trending

Berapa kerap korang check meter TNB di rumah korang? Sekali sebulan? 2,3 kali sebulan? Ke tak pernah langsung?

Korang tahu tak? Sekarang TNB sedang membuat pelancaran Smart Meter dan Smart Meter ni dapat membantu korang dalam penggunaan tenaga yang lebih jimat.

Tapi jangan risau! Sekarang TNB dah semakin maju dengan adanya pangkalan data usia meter. Pihak mereka akan buat rutin penggantian sebaik saja ia berusia 15 tahun.

Kakitangan TNB telah ditugaskan untuk menukar meter pelanggan secara percuma dengan Smart Meter mengikut fasa pelancaran lokasi. Setakat ni, sebanyak 1.8 juta Smart Meter telah berjaya dipasang di seluruh negara.

Dapatkan gaya hidup yang lebih bijak dengan Smart Meter ni!

Untuk pengetahuan korang, Smart Meter dapat bantu pengguna untuk gunakan tenaga dengan lebih bijak. Selaras dengan inisiatif yang disokong oleh kerajaan, pelancaran dan pelaksanaan Smart Meter di rumah adalah percuma je.

Apa yang menariknya, Smart Meter membolehkan korang memantau dan menggunakan tenaga dengan lebih efisien!

Korang boleh buat pemantauan penggunaan tenaga selang 30 minit melalui portal myEnergy di laman web myTNB. Kalau nak buat pemantauan tenaga harian, korang boleh check paparannya melalui aplikasi myTNB. Peluang baik untuk korang mengurangkan penggunaan tenaga, menjimatkan wang dan menyumbang kepada kelestarian alam sekitar.

Melalui Smart Meter dan portal myEnergy, korang dapat memantau penggunaan tenaga sehingga selang 30 minit. Bacaan meter harian secara terperinci akan dihantar ke dalam sistem TNB. Korang boleh terus tengok keseluruhan penggunaan elektrik anda selepas 24 jam. Canggih dan berguna!

Sekarang kami nak bawa korang tengok apa yang ada dalam portal myEnergy ni. Ikut panduan ni satu demi satu tau. Moh ler kitee..

Cara untuk akses ke portal myEnergy

Sebelum tu kena la tahu macam mana nak akses ke portal myEnergy kan? Korang hanya perlu layari  ‘www.mytnb.com.my’, lepas tu masukkan alamat emel dan kata laluan. Setelah berjaya login, korang dah boleh mengakses portal myEnergy.

Ikuti langkah dibawah:

  1. Pilih akaun yang telah dipasang Smart Meter.
  2. Tekan pada ikon View Energy Usage.

Selamat datang ke portal myEnergy guys!

Wah, dah dapat masuk portal myEnergy ni! Excited kejap. Kat sini korang boleh tengok info dan maklumat Kos Elektrik, Penggunaan Elektrik, Impak kepada Alam Sekitar tau. Berguna gila la.

Bahagian dan fungsi:

  1. Info pengguna.
  2. Anggaran kos penggunaan pada akhir kitaran bil.
  3. Perbandingan purata pengunaan harian dengan bulan lepas.
  4. Kesan perlepasan karbon ke atas alam sekitar.

Klik myEnergy (Kos), boleh pantau kos elektrik korang!

Nak kena klik kat mana kalau nak pantau kos elektrik? Senang je. Korang klik ‘MY Energy’ di butang hujung kiri tu. Pastikan korang berada di tab ‘Cost’ untuk memantau kos elektrik harian, bulanan dan tahunan tau.

Bahagian dan fungsi:

  1. Anggaran kos penggunaan pada akhir kitaran bil dan kos pengguna setakat tarikh yang tertera.
  2. Pilihan untuk memaparkan data bagi 1 hari, 1 bulan atau 1 tahun.
  3. Jenis Tariff dan warna yang membezakan setiap blok dalam tariff.
  4. Graf Kos penggunaan.
  5. Apabila tetikus ditujukan pada graf kos penggunaan bagi hari berkenaan dipaparkan.
  6. Tempoh data yang dipaparkan selaras dengan kitaran bil.

Klik myEnergy (Penggunaan), boleh pantau penggunaan elektrik!

Macam mana nak tahu seberapa banyak penggunaan elektrik yang telah korang gunakan? Haa.. Korang pergi ke tab ‘MY Energy’, kilk tab ‘Usage’ untuk memantau penggunaan elektrik harian, bulanan dan tahunan.

Bahagian dan fungsi:

  1. Trend penggunaan pada ketika ini berbanding penggunaan terdahulu untuk tempoh yang sama.
  2. Pilihan untuk memaparkan data bagi 1 hari, 1 bulan atau 1 tahun.
  3. Jenis Tariff dan warna yang membezakan setiap blok dalam tariff.
  4. Graf penggunaan dalam kWh.
  5. Apabila tetikus ditujukan pada graf, penggunaan tenaga harian dipaparkan.
  6. Tempoh data yang dipaparkan selaras dengan kitaran bil.

Klik myEnergy (Impak Kepada Alam Sekitar), lihat kesan penggunaan elektrik kepada alam sekitar

Bagi kami fungsi yang ni menarik gila. Kalau korang klik pada tab ‘MY Energy’ dan klik tab ‘Impact’, korang dapat tengok impak pengunaan elektrik kepada alam sekitar. Sebagai contoh, ia akan menunjukkan berapa banyak pokok yang perlu ditanam untuk mengimbangi penggunaan tenaga korang. Nak jaga alam sekitar, guna la tenaga dengan bijak okay?

Korang boleh tengok bawah ni kalau nak tahu anggaran penggunaan elektrik di rumah korang tu.

*Anggaran Penggunaan kWh untuk 30 minit.

Kepada yang telah dipasang Smart Meter, jangan lupa muat turun aplikasi myTNB dan layari portal myEnergy tau. Jom sama-sama jadi pengguna yang bijak!

Untuk info lebih lanjut, korang boleh terus ke laman web ni: www.mytnb.com.my

SKIP THIS AD ×