berita

Adakah Claris Callista Wanita Inspirasi Lagu Awi Rafael, Kalista?

June 12th, 2012 | by M
Kini Trending

“Kalista adalah sebuah lagu yang ditujukan khas kepada bekas kekasih saya yang ditulis sebelum saya berangkat ke Australia lagi. Macam orang kebanyakan juga, saya menggunakan orang terdekat untuk dijadikan inspirasi ketika menulis lagu,” antara kata-kata Awi Rafael seperti yang diterbitkan ‘Tulis Lagu Bukan Untuk Girlfriend Sahaja”, 2 minggu lalu.

Seperti yang dikongsikan oleh Awi Rafael, hari ini OHBULAN HQ menerima kiriman email yang mendakwa bahawa wanita yang dimaksudkan oleh Awi Rafael membawa nama Claris Callista. Urmm, cantik namanya.

Pengirim email turut mempersoalkan mengapakah Awi Rafael hanya mengakui Claris Callista, seorang model daripada Singapura sebagai ‘kekasih’ atau kawan lama sedangkan wanita itu pernah menjadi tunangnya. Dipercayai juga, Claris Callista adalah seorang penulis bahagian hiburan untuk sebuah blog, Lolitalane.

OHBULAN HQ sudah dengar lagu Kalista ketika majlis Curi-Curi Dengar Album Terbaru Awi Rafael, memang terbaik sebab kami pun dapat rasa feel yang Awi Rafael cuba sampaikan.

The following two tabs change content below.

M

Founder OHBULAN! yang kini bergiat secara serius dalam industri media & pengiklanan. Beliau membantu para klien mencapai pelanggan yang berpotensi melalui kempen pengiklanan secara menyeluruh dan berkesan.

SKIP THIS AD ×