
Seperti yang dikongsikan oleh Awi Rafael, hari ini OHBULAN HQ menerima kiriman email yang mendakwa bahawa wanita yang dimaksudkan oleh Awi Rafael membawa nama Claris Callista. Urmm, cantik namanya.
Pengirim email turut mempersoalkan mengapakah Awi Rafael hanya mengakui Claris Callista, seorang model daripada Singapura sebagai ‘kekasih’ atau kawan lama sedangkan wanita itu pernah menjadi tunangnya. Dipercayai juga, Claris Callista adalah seorang penulis bahagian hiburan untuk sebuah blog, Lolitalane.
OHBULAN HQ sudah dengar lagu Kalista ketika majlis Curi-Curi Dengar Album Terbaru Awi Rafael, memang terbaik sebab kami pun dapat rasa feel yang Awi Rafael cuba sampaikan.