Penghasilan air liur secara semula jadi semasa tidur sering kali meninggalkan kesan kotoran pada bantal atau bahagian leher pakaian.

Artikel Berkaitan: Hukum Percaya Ramalan Zodiak: Wajib Taubat & Solat Tidak Diterima Selama 40 Hari

Artikel Berkaitan: Bulu Kucing Pada Sejadah: Sah Atau Tidak Solat Anda?

Syarat sah solat

Bukan itu sahaja, kesan kekuningan atau bau masam pada pakaian sering mencetuskan keraguan sama ada ia sekadar air liur basi ataupun cecair yang keluar dari perut.

Dalam Islam, kebersihan tubuh dan pakaian merupakan syarat sah solat, justeru penting untuk mengenal pasti punca kotoran tersebut sebelum menunaikan solat.

Berdasarkan prinsip fiqh, air liur manusia pada asalnya adalah suci, termasuklah air liur basi yang keluar ketika tidur. Ini kerana status najis hanya ditetapkan bagi cecair yang keluar dari bahagian perut atau kemaluan sahaja.

Menurut Imam al-Khatib al-Syirbini dalam Mughni al-Muhtaj, jika cecair tersebut keluar dari perut, berbau busuk atau bercampur muntah, ia adalah najis.

Namun, perut tidak menghasilkan air liur, sebaliknya hanya asid yang berbau kuat, justeru air liur basi pada pagi hari tetap dikira suci.

Walau bagaimanapun, Imam al-Nawawi dalam al-Tabsirah menjelaskan bahawa apabila timbul keraguan, hukum asal kesucian tetap dikekalkan. Keadaan ini termasuk dalam kategori ‘umum al-balwa’, iaitu perkara yang sukar dielakkan sehingga dimaafkan oleh syarak.

Sebagai langkah berhati-hati, seseorang boleh membasuh pakaian yang terkena air liur basi tesebut sekiranya wujud syak wasangka, namun ini termasuk dalam amalan ihtiyat dan bukan kewajipan.

Sumber: Waktu Solat Malaysia