
Pelakon Adam Lee tampil menegur seorang individu yang tidak didedahkan identitinya selepas didakwa berhutang wang ringgit daripadanya.
Artikel Berkaitan: Disangka Nak ‘Give Up’ Jadi Pelakon Selepas Luah Tentang Realiti Casting, Ini Penjelasan Adam Lee
Artikel Berkaitan: Netizen Tegur Jambang Adam Lee Dalam Drama Nampak Kelakar, Sweet Qismina Balas – ‘Memang Lukis Pun..’
Bayar hutang

Menerusi perkongsian di Threads, Adam, 31, seolah memberi bayangan bahawa individu terbabit sekali lagi tampil meminjam wang daripadanya biarpun hutang lama masih belum dilangsaikan.
Tambah Adam, tanggapan bahawa golongan anak seni sentiasa hidup dalam kemewahan tidak seharusnya dijadikan ukuran kerana dirinya juga manusia biasa yang berdepan masalah dan cabaran tersendiri.
Kau pinjam, kau bayar. Mudah kan?
Yang lama pun tak selesai, nak pinjam lagi?
Tebalkan muka buat macam tiada perkara yang jadi. Itu bukan penyelesaian nama dia.
Mesti ingat pelakon banyak duit kan?
Terus hilang common sense dalam diri. Orang lain pun ada masalah.
Reaksi netizen




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi pengalaman yang sama sekali gus menasihati Adam atau nama lengkapnya Muhamad Arif Adam Mohamed Fadlee untuk tidak sewenang-wenangnya meminjamkan wang ringgit pada mana-mana individu sebegitu.
Sumber: Threads @adm.lee








