Isu rumah tangga pelakon, Adam Shahz dengan bekas isterinya, Fatin Afeefa nampaknya belum menemui jalan penyelesaian sehingga ke hari ini. Lebih hangat, rakaman video perbualan Adam bersama anaknya mengenai kelakuan Fatin turut viral di media sosial sejak beberapa hari lalu.
Artikel berkaitan: Adam Shahz Tanya Anak Soalan ‘Pelik’ Tentang Bekas Isteri, Netizen Tak Setuju
Artikel berkaitan: Didakwa Tak Beri Nafkah Selama 4 Tahun, Adam Shahz Tampil ‘Bersuara’ – ‘Siapa Tak Move On?’
Satu persatu rahsia telah terdedah?
Menerusi laporan Kosmo, Adam memberitahu video yang viral tersebut adalah video lama dan mengakui memuat naik video tersebut selepas mengesyaki dihalang berjumpa dengan anaknya oleh Fatin.
Video yang saya kongsikan di laman sosial sebenarnya saya rakam beberapa bulan lalu dan baru dedahkan kerana saya cuma mahu tunjuk bukti dia halang kami berjumpa kerana takut anak bercerita benda rahsia. Saya dedah sebab tertanya-tanya punca lebih sebulan saya dan anak dihalang berhubung. Soal dia bertunang atau kahwin, saya tak peduli, janji keselamatan anak saya terjaga.
Tambah Adam, dia tidak mahu ambil tahu mengenai status Fatin sama ada sudah bernikah ataupun tidak seperti yang didakwa ahli keluarganya. Ujar Adam lagi, dia memohon semua pihak agar tidak merumitkan keadaan mengenai isu melawat anaknya dengan melibatkan pihak ketiga.
Saya cuma minta jumpa anak. Jangan rumitkan keadaan. Saya tak faham kenapa dia perlu meminta seorang lelaki untuk menghubungi saya kononnya supaya saya menghentikan provokasi di media sosial. Siapa sebenarnya yang memulakan semua ini?
Walaupun individu tersebut hanya penyampai mesej, rasanya tak perlu heret orang tak berkenaan. Dia pun sudah sekat nombor saya, jadi apa kata runding secara profesional menerusi peguam masing-masing. Saya syak dia bertindak sedemikian kerana satu persatu rahsianya yang cuba dikambus telah saya dedahkan hingga mendorongnya ‘mengirim’ pesanan menerusi orang ketiga.
Sumber: Kosmo