berita

Adele Dinobatkan Sebagai ‘Billboard’s Top Artist of 2012’

December 18th, 2012 | by M
Hollywood

Pelantun lagu tema filem terbaru James Bond : Skyfall, iaitu Adele menyambung legasinya buat kali kedua apabila dinobatkan sebagai “Billboard’s Top Artist of 2012” berdasarkan pencapaian hebatnya melalui albumnya, ’21’ yang dilancarkan pada Februari 2011.

Pencapaian ini memang tak dapat disangkalkan kerana album ’21’ ini pernah diiktiraf dengan 6 trofi berprestij di Anugerah Grammy iaitu Record of the Year, Album of the Year, Song of the Year, Best Pop Solo Performance, Best Pop Vocal Album & Best Short Form Music Video pada awal tahun ini.

Ini sekaligus meletakkan Adele dalam kategori artis wanita pilihan ramai, manakala rapper R&B, Drake sebagai artis lelaki pilihan ramai dan Maroon5 sebagai band pilihan ramai.

Carta Billboard turut menobatkan lagu Somebody That I Used To Know – Gotye Featuring Kimbra di tangga teratas dengan diikuti rapat oleh lagu sensasi, Call Me Maybe – Carly Rae Jepsen & We Are Young – fun. Featuring Janelle Monae, masing-masing di tangga kedua & ketiga.

Manakala, konsert jelajah Madonna menduduki tangga no #1 apabila ia berjaya mengutip jualan kasar sebanyak $228,406,085 melalui 72 buat konsert dengan dihadiri oleh 1,635,176 peminat seluruh dunia.

The following two tabs change content below.

M

Founder OHBULAN! yang kini bergiat secara serius dalam industri media & pengiklanan. Beliau membantu para klien mencapai pelanggan yang berpotensi melalui kempen pengiklanan secara menyeluruh dan berkesan.