berita

Adibah Noor Tolak Tawaran Masuk Muzik-Muzik Pada Tarikh Pengebumian

June 20th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Selepas tamat menyertai program Gegar Vaganza musim kelapan, arwah Adibah Noor sempat merakamkan sebuah single yang terakhir berjudul ‘Kecurigaan’. Menurut komposer lagu tersebut, Chevy Amry, arwah mendapat jemputan untuk menyertai rakaman program Muzik-Muzik ke-37 pada 19 Jun 2022.

Beberapa kali arwah tolak

Ujar Chevy, arwah menolak tawaran tersebut dengan menyatakan dia enggan muncul di televisyen buat sementara waktu. Tambah Chevy, dia tidak menyangka tawaran yang ditolak oleh arwah itu seolah-olah memberi bayangan bahawa dirinya akan pergi buat selama-lamanya. Lebih menyedihkan, tarikh yang sama iaitu 19 Jun menjadi tarikh pengebumian anak seni kesayangan ramai ini.

Terdahulu, Chevy mendedahkan lirik lagu ‘Kecurigaan’ secara kebetulan menggambarkan situasi sebenar Adibah. Jelasnya, lirik tersebut ditulis berdasarkan kisah-kisah sedih Adibah dan pada masa sama penyanyi itu juga begitu mendalaminya.

Saya banyak baca kisah-kisah sedih Adibah. Mungkin saya menyelami situasi arwah dan kebetulan lirik itu dia sangat menghayatinya masa nyanyian. Bila arwah menghayati lirik, disebabkan itulah nyanyiannya sampai.

Sumber: Chevy Amry

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×