berita

Adik-Beradik Hairan, Rita Rudaini Kelihatan Lebih Ceria

July 13th, 2012 | by Ai
Isu & Kontroversi

Itulah yang paling pelik jika dibandingkan dengan yang lain. Selepas beberapa isu melibatkan rumah tangga Rita Rudaini & Aidil Zafuan yang hangat diperkatakan sebelum ini, kini Rita Rudaini mengaku dia lebih gembira sekarang selepas 4 tahun berkahwin.

Rita Rudaini dalam temubualnya bersama Murai turut mengakui bahawa dia sudah tidak mempunyai apa-apa perasaan terhadap Aidil lagi.

“Terus-terang, sampai setakat ini, saya tidak tahu apa yang Aidil mahu. Hati pun dah kebas dan tidak ada rasa apa-apa pun. Sewaktu menunaikan umrah, saya ada berdoa untuk Aidil. Doa saya adalah kalau dialah orang yang baik untuk kami sekeluarga, minta dekatkanlah kami kembali.” – Rita Rudaini.

Tabah dengan apa yang berlaku, Rita Rudaini memberitahu bahawa adik-beradiknya hairan apabila melihat dirinya yang kini semakin ceria dari sebelumnya.

“Jujurnya, selama 4 tahun berkahwin, saya tidak pernah rasa gembira macam ini. Sampaikan adik-beradik bertanya kepada saya, engkau ni tiada masalah ke?.”

Baguslah kalau begitu, bulan Ramadhan pun semakin hampir. Moga Rita dan Aidil dapat mencapai kata sepakat yang lebih baik.