berita

‘Adik Kakok Pakat Maghi Belako’ Ke Karnival Jom Heboh Baba’s Kota Bharu!

September 4th, 2023 | by Alia
Kini Trending

kjh kelantan

Karnival Jom Heboh (KJH) BABA’S bakal menawan negeri Kelantan yang lebih sinonim dengan panggilan Cik Siti Wan Kembang!

KJH yang diiktiraf Malaysia Book of Records sebagai Acara Padang Paling Lama di Malaysia akan berlangsung di RTC Tunjung, Kota Bharu selama tiga hari berturut-turut bermula pada 7 hingga 9 September 2023 (Khamis-Sabtu).

Aktiviti ‘bekwoh’

kjh kelantan

Sempena menyambut ulang tahun yang ke-20, KJH memilih negeri Kelantan sebagai lokasi ketiga buat tahun ini dengan menyediakan pelbagai aktiviti menarik khas buat warga pantai timur.

Menerusi aktiviti ‘bekwoh’ (memasak gulai kawah) yang dibawa oleh BABA’S iaitu produk rempah ratus terbesar di Malaysia bakal meneruskan pemberian 10,000 bungkusan makanan percuma buat pengunjung yang hadir.

Selain itu, BABA’S turut menyediakan pelbagai aktiviti bersama pengunjung seperti demo masakan kari, aktiviti permainan untuk mendapatkan hadiah-hadiah misteri BABA’S dan aktiviti info halal bersama sebagai tanda penghargaan kepada pengguna BABA’S.

Luangkan masa bersama artis

kjh kelantan

Studio Tonton Drama Sangat bakal mengembalikan seni warisan tempatan dengan menganjurkan pertandingan dikir barat, pertandingan laungan azan dan pertandingan bercerita. Aktiviti ini bersesuaian dengan jolokan negeri Kelantan iaitu ‘Serambi Mekah’. Jangan lepaskan peluang untuk sertai pertandingan-pertandingan dan merebut hadiah berjumlah sehingga RM9000.

Dalam masa yang sama pengunjung juga berpeluang bertemu dengan barisan selebriti terkenal yang membintangi program-program popular di Tonton, TV3 dan TV9. Antaranya adalah, Ashraf Muslim, Erma Fatimah, Izzue Islam, Mathni Razak, Mekyun, Nabil Aqil, Raja Atiq, Wany Hasrita dan ramai lagi. Tidak dilupakan juga kepada barisan pendakwah selebriti daripada program Tanyalah Ustaz dan My Quran Time seperti Da’i Aiman, Da’i Azrin, Ustaz Fazrul dan Ustaz Tarmizi.

‘Maghi singgoh semeta’ ke acara kemuncak iaitu pada malam kedua dan ketiga (8 & 9 September) dimana pengunjung berpeluang berhibur dengan Konsert Jom Heboh yang menampilkan barisan penyanyi popular tanah air yang seperti Azzam Shah, Ameng Spring, Ariff Bahran, Aepul Roza, Aiman Tino, Yamani Abdullah, Irfan Harris, Nizam Laksamana, Khai Bahar, Syafiq Farhain, Lan Solo, Rahmad Mega dan Naqiu.

Mari beriadah bersama kami dan sebarkan keseronokan anda sekeluarga dengan menggunakan tanda pagar #TV3SentiasaBersamamu #KarnivalJomHeboh dan #KarnivalJomHebohBABAS. Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang www.jomheboh.com.my dan ikuti laman sosial rasmi di Facebook dan Instagram di @jomhebohofficial.

SKIP THIS AD ×