berita

Adik Mahu Rai Hari Jadi Di KL, Suami Tenang Hantar Anak Ke Rumah Mertua

October 12th, 2019 | by Arini Saleh
Kini Trending

Semalam, mayat dipercayai mangsa bunuh ditemui dalam keadaan menyayat hati apabila anggota tubuh dikerat sekurang-kurangnya lapan bahagian. Mayat mangsa yang belum dikenalpasti identiti itu dijumpai berselerakan di kawasan semak Kampung Ladang, Krubong Melaka.

Di media sosial, gambar dipercayai mangsa berusia 27 tahun serta anak 11 tahun mula viral apabila ada yang membuat spekulasi suspek yang terlibat adalah suami mangsa sendiri. Pihak polis walaubagaimanapun tidak mengesahkan kesahihan dan meminta media menggunakan kenyataan rasmi yang dikeluarkan.

Henti sebar gambar

Memetik laporan Harian Metro, kakak sulung wanita dipercayai mati dibunuh, Norhafizah dan keluarga masih terkejut dengan tragedi menyayat hati tersebut. Dia turut memohon orang ramai supaya berhenti sebar gambar mayat yang dipercayai Norfazera dan Muhammad Iman Asraf.

Tolonglah hentikan sebar gambar dan maklumat itu yang hanya mengganggu siasatan polis dan mengguris perasaan kami.

Kami akan memberi kerjasama kepada pihak polis termasuk menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) esok bagi memastikan identiti mayat yang ditemui semalam.

Tambah menyedihkan apabila, mereka sekeluarga dimaklumkan mayat yang ditemui dalam keadaan tidak sempurna yang mana bahagian kepala masih belum ditemui.

Tambahan pula, adik saya (Munirah) memberitahu polis memaklumkan mayat ditemui semalam tidak sempurna termasuk bahagian kepala yang belum ditemui.

Mengimbas kembali kejadian, Norhafizah memberitahu adik iparnya iaitu suami mangsa ada datang ke rumah pada Selasa lalu untuk menghantar anak bongsu mangsa. Ketika ditanya di mana Norfazera, suami hanya memaklumkan tidak dapat menghubungi isterinya.

Mahu rai hari jadi di KL

Wajahnya ketika itu tenang dan langsung tidak menunjukkan perasaan takut atau mencurigakan.

Kali terakhir Baby (Norfazera) menghubungi ibu adalah Ahad lalu memaklumkan mahu meraikan hari jadinya di Kuala Lumpur pada keesokan harinya bersama suami dan dua anaknya, Muhammad Iman dan yang bongsu berusia dua tahun.

Baby yang tinggal bersama ibu memaklumkan suaminya yang bekerja di Singapura beri alasan mahu ke Kuala Lumpur untuk membeli pakaian baru sempena hari pernikahan adik saya, Munirah pada 20 Oktober ini.

Itulah kali terakhir ibunya dapat menghubungi adik sebelum dia gagal dihubungi sejak Isnin lalu. Menurutnya lagi, adiknya menjaga dua anak hasil perkahwinan terdahulu manakala dua anak lagi dijaga bekas suami.

Anak kedua dan ketiga pula dijaga bekas suaminya, manakala perkahwinan keduanya sejak setahun lalu belum dikurniakan anak.

Sepanjang perkahwinan, suaminya yang juga warga Singapura dikenali dengan sifat yang sangat baik dan tidak pernah memarahi adik, malah kali terakhir ibu menemuinya Isnin lalu, dia juga tenang.

Untuk perkahwinan kali kedua, mangsa masih belum dikurniakan cahaya mata.

Sumber : Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×