berita

Adira Menangis Tengok Video Datuk Red Ditemu Bual Media?

March 27th, 2024 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Kakak kepada penyanyi Adira Suhaimi iaitu Emma dilihat tampil membalas kenyataan yang ditulis Datin Red di Instagram Story miliknya.

Artikel Berkaitan: Datuk Red Pinjam Duit Adira, Nak Beli Juadah Berbuka Puasa Untuk Anak Isteri Pertama – ‘Alhamdulillah Dia Bagi RM100’

Artikel Berkaitan: Datuk Red Dedah Sudah Muflis Sejak 2019, Tanggung Hutang RM5 Juta – ‘Isteri Banyak Tutup Aib Saya’

Menangis tengok video lakinya?

Menurut Emma atau nama sebenarnya Erma Suhaimi, dia sudah tidak mampu menahan sabar dan enggan adiknya terus dibuli oleh madunya ketika isu kesusahan hidup suami mereka iaitu Datuk Red hangat diperkatakan pada masa ini.

Orang lain (merujuk Adira) yang kau cakap itu selalu tolong kau. Kau jangan lupa mention sikit baik orang. Asyik nak tunjuk kau punya sabar.

Orang lain itu baru saja kena puji sikit di media sosial secara terbuka. Eh kau tak boleh eh?

Yang kakak sini (Emma) sudah lama diam tengok orang lain itu kena buli. Kau cakap dengan aku jangan dengan media sini ok? Nanti aku cakap banyak lagi.

Yang kau cakap orang lain itu banyak membantu tak pernah mention pun.

Terdahulu, Datin Red memaklumkan dia telah bergadai harta demi membantu suaminya itu yang berhadapan kesusahan termasuk diiystihar bankrap.

Meskipun tidak menyebut nama, namun hantaran itu didakwa ditujukan kepada Datuk Red yang sebelum ini membuat pendedahan kepada media bahawa dia sudah muflis sejak tahun 2019 dan bergantung hidup kepada Adira.

Simpati dengan pendedahan Datuk Red , Emma memberitahu, adiknya turut menangis selepas menonton rakaman tersebut. Bukan itu sahaja, Emma berkata, dia bersedia untuk mempertahankan adiknya sekiranya berterusan diganggu.

Semalam orang itu menangis-nangis tengok video lakinya pun diam tak tunjuk. Kita ikut menangis sekali dik. Rasa tau kesusahan orang itu. Jangan buli adik saya OK. Dulu bolehlah kau gertak-gertak dia dengan kata-kata OK, sekarang mari sini jumpa kakak dia.

Sumber: Emma Suhaimi

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×