berita

Adlin Kongsi Video Sebalik Tabir Adegan ‘Cium Kaki’, Rupanya Banyak Kali Ellie Suriaty Buat!

April 20th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Baru-baru ini, telefilem ‘Ayat Dari Langit’ menjadi perhatian ramai gara-gara satu babak Ellie Suriaty mencium kaki Adlin Aman Ramli dipercayai kerana terlalu ‘taat’ dengan pemimpin yang mengamalkan ajaran sesat.

Artikel Berkaitan : Siap Cium Kaki, Lakonan Ellie Suriaty Dalam ‘Ayat Dari Langit’ Buat Ramai Terkejut!

Babak berkenaan membuatkan netizen terpinga-pinga adakah kaki tersebut merupakan kaki sebenar ataupun kaki palsu.

Babak Ellie mencium kaki Adlin rupanya betul

Adlin Aman Ramlie menerusi akaun IG miliknya ahirnya berkongsi video di sebalik tabir babak tersebut yang menampakkan Ellie benar-benar mencium kaki Adlin. Ternyata lakonan berkenaan dilakukan secara ‘real’ dan bukannya kaki palsu! Lebih memeranjatkan adegan tersebut dilakukan beberapa kali bagi mendapatkan ‘shot’ yang terbaik.

Ayat Dari Langit mengisahkan tentang ajaran sesat yang diketuai oleh Ustaz Muiz dan isterinya. Walaupun ‘amalan’ yang diajar bertentangan dengan ajaran Islam, masih ada segelintir kumpulan yang percaya dan taksub dengan pemimpin yang dikatakan mempunyai pelbagai kelebihan itu.

‘Main level2 kaki je sekarang’

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Adlin Aman Ramlie (@adlinamanramlie)

‘Ingat cium kaki laki dia’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut mengenai babak berkenaan yang disangkakan Ellie mencium kaki suaminya ataupun patung namun tidak. Malah ada juga yang memuji pengorbanan seorang pelakon yang sanggup melakukan apa sahaja seperti babak mencium kaki itu demi menjayakan watak berkenaan.

Sumber : adlinamanramlie

SKIP THIS AD ×