berita

Adnan Sempit Kembali Lagi!

August 15th, 2013 | by Ai
Filem Tempatan

Adnan Sempit 3

Bagi yang meminati filem penuh komedi Adnan Sempit, pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk menyaksikan sambungan filem tersebut, Adnan Sempit 3 yang telah mula ditayangkan di pawagam satu Syawal lalu.

Adnan Sempit kali ini bakal menampilkan lebih banyak komedi yang mencuit hati dan ianya masih mengekalkan pelakon-pelakon asal seperti Shaheizy Sam, Intan Ladyana, Yana Samsuddin, Along Raja Lawak, Angah Raja Lawak, Tarmimi Siregar serta Aznah Hamid.

Namun begitu, pihak pengarahnya, Ismail Bob Hashim telah cuba untuk menampilkan sedikit kelainan dengan menyelitkan beberapa pelakon baru seperti Shima Anuar, Lynda Roslan serta Fadzil Zahari sebagai pelakon tambahan filem tersebut.

Kali ini Adnan Sempit menceritakan tentang perjalanan hidup pasangan Adnan dan Nadia, serta Bobby dan Wawa yang sudah melangsungkan alam perkahwinan masing-masing.

Lebih menarik lagi, Adnan yang dahulunya seorang Mat Rempit, kini telah mula berjinak-jinak dalam dunia perniagaan bapa mertuanya dan dilihat sudah mula menjadi seorang manusia yang lebih bertanggungjawab.

Adnan Sempit 3

Sedutan adegan lucu Wawa & Bobby

Dalam pada itu, filem kali ini turut menceritakan tentang  kisah kehamilan Nadia dan Wawa, di mana terdapat pelbagai konflik yang bakal muncul sewaktu mereka melayari alam rumahtangga masing-masing.

Adnan dikatakan telah mengalami alahan teruk akibat kehamilan isterinya, manakala Bobby pula mula menghadapi masalah kewangan untuk membiayai kos bersalin Wawa.

Apakah yang akan terjadi kepada rumahtangga kedua-dua pasangan ini? Dapatkah Adnan membiasakan dirinya dengan penangan alahan ibu mengandung dan bagaimanakah keadaan rumah tangga Bobby dan Wawa?

Ingin tahu kisah selanjutnya, jangan ketinggalan untuk menyaksikan filem ini di pawagam berhampiran anda sekarang!

Filem Adnan Sempit 3 telah mula ditayangkan diseluruh pawagam mulai 8 Ogos lalu dan ini merupakan filem ke 79 daripada syarikat MIG Pictures Sdn Bhd.

Apa pun, jom layan trailer filem Adnan Sempit 3 selepas ini. Enjoice!