berita

Aduh Sakitnya! Duburku Ditanduk Lembu Jantan

August 17th, 2023 | by Yong
Kini Trending

Di Sepanyol, seorang matador profesional melambung ke udara selepas ditanduk seekor lembu jantan semasa perayaan Prieto de la Ca di Madrid, baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: Akibat Keseronokan Seksual, Botol Deodoran Tersekat Dalam Dubur

Ditanduk tepat di bahagian dubur

Memetik laporan Mirror, mangsa iaitu Alejandro Conquero telah ditanduk oleh lembu jantan terbabit sebelum terpelanting ke udara. Lebih mengerikan, mangsa yang terjatuh ke tanah sekali lagi ditanduk pada bahagian duburnya.

Susulan daripada kecederaan yang serius, mangsa kini mendapatkan rawatan di hospital Rey Juan Carlos de Mostoles. Dalam pada itu, mangsa berkemungkinan berhadapan dengan kesan kecederaan dalam jangka masa yang panjang.

Video tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya kasihan melihat keadaan mangsa yang menjerit kesakitan.

Sumber: Mirror

SKIP THIS AD ×