
Pelakon, Aedy Ashraf mendedahkan tujuan dia membiarkan rambutnya panjang hingga mencecah bahu kerana tuntutan watak dalam sebuah filem aksi terbaharu yang bakal dibintanginya.
Artikel Berkaitan: Aedy Ashraf Percaya Lelaki Zaman Sekarang Pentingkan Penjagaan Kulit
Projek baru

Lebih istimewa, Aedy atau nama lengkapnya Mohammad Addy Ashraf Rosmadi, 31, turut memberitahu karya berkenaan diarahkan olehnya sendiri dan dijangka menemui penonton di pawagam pada tahun hadapan.
Gaya rambut ini adalah untuk projek terbaharu saya, untuk sebuah filem bergenre aksi.
Filem itu juga merupakan filem pertama yang saya arahkan sendiri buat pertama kali sepanjang hidup.
Tidak hanya mengarahkan, tetapi juga berlakon dalam naskhah itu. Saya teruja dan dalam masa sama gemuruh.
Bercerita lanjut, Aedy memberitahu, dia mengambil masa selama setahun untuk memanjangkan rambutnya itu.
Untuk dapatkan panjang rambut yang begini, saya bela dalam tempoh lebih kurang setahun.
Saya pernah bela rambut panjang sebelum ini dan kali ini merupakan kali kedua saya bela panjang.
Terdahulu, imej terkini Aedy meraih perhatian netizen sehingga ada yang ‘cair’ melihat aktor itu berambut panjang.








