berita

Aeril Zafril Minta David Teo Pulangkan Pakaian?

September 3rd, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

Aeril-Zafril-OHBULAN-19

Ya! Tak habis-habis lagi dengan kisah kereta Wawa Zainal yang hilang. Korang ingat lagi tak beberapa bulan lepas Wawa pernah mengamuk di Twitter kerana perkara ini?

Haa… Kali ini, suaminya Aeril Zafril memuat naik status khas di laman Instagram yang ditujukan kepada David Teo berkenaan kereta tersebut. Dah kenapa pula ni, kan David pernah kata MIG tak ada kena mengena dengan kes kereta ni.

Artikel Berkaitan :

PC-Kahwin-Diana-Amir-4

Daripada pemahaman kami, status tersebut pula seolah-olah mengiyakan gosip yang pernah timbul sebelum ini bahawa pihak MIG sebenarnya yang telah mengambil kembali kereta jenis Swift itu.

Jeng jeng jeng. Apakah sebenarnya yang berlaku ni? Kalau nak tahu, dalam status tersebut Aeril meminta David memulangkan semua dokumen dan juga pakaiannya serta Wawa yang ada dalam kenderaan tersebut.

Screen Shot 2014-09-03 at 2.28.17 PM

Screen Shot 2014-09-03 at 2.17.33 PM Screen Shot 2014-09-03 at 2.18.08 PM

Pengikut instagram pula, ada yang setuju dan ada yang menyelar tindakan Aeril ni. Iyalah, perkara sebegini kan boleh dibawa berbincang. betul tak?

Tapi ada juga yang meminta pihak David Teo dan MIG supaya memulangkan kembali kereta tersebut kepada pemiliknya. Sebenarnya, dalam kes ini, masih belum tahu siapa betul dan siapa salah.

Apapun, jangan risau, jika Aeril dipihak yang benar, kebenaran pasti akan terungkai juga, begitulah sebaliknya.

Kredit Foto : Instagram Aeril

SKIP THIS AD ×