berita

‘Afgan Tak Pernah Keluarkan Duit’ – Ivan Gunawan Bongkar Rahsia Sepanjang Bercuti Bersama Rossa

June 25th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Ramai yang mengetahui hubungan akrab antara penyanyi popular Indonesia, Datuk Seri Rossa bersama Afgan dan termasuklah sahabat baiknya sendiri iaitu Ivan Gunawan yang merupakan seorang pereka fesyen. Hubungan rapat berkenaan sebenarnya telah lama diketahui oleh Ivan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Rossa menafikan dakwaan berkenaan

Baru-baru ini Ivan telah mendedahkan mengenai Rossa yang dikatakan sering belanja wangnya untuk Ivan dan juga Afgan ketika mereka bercuti bersama dalam satu rancangan Podcast Pak Gun bersama tetamu jemputan iaitu Rossa.

Tahu tak apa yang paling seronok apabila bercuti dengan Rossa, saya tak pernah belanja menggunakan wang saya sendiri. Afgan pun sama.

Setelah mendengar kenyataan daripada kawannya itu, Rossa terus tidak dapat menahan gelaknya dan menjelaskan bahawa dakwaan berkenaan adalah salah dan tidak benar.

Sedap je cakap macam tu. Itu fitnahlah. Sekali-sekala adalah.

Afgan ganti balik duit Rossa

Bagi menafikan dirinya berbohong, Ivan kemudiannya mengatakan bahawa dia sendiri terlihat Rossa mengeluarkan duitnya itu dan membayar segala barangan yang dibeli oleh Afgan ketika mereka bercuti bersama-sama.

Saya pergi bercuti beberapa kali dengan mami (Rossa) dan Afgan. Dia tak pernah keluarkan dompetnya.

Walau bagaimanapun, Rossa sekali lagi mengelak dan mengatakan memang pada awalnya dia membayarkan barang-barang tersebut, namun selepas itu Afgan menggantikan duitnya semula sambil berseloroh.

Video penuh :

Sumber : Ivan Gunawan

SKIP THIS AD ×