Pelakon Afifah Nasir atau nama lengkapnya Nur Afifah Md Nasir, 30, akui cerewet dalam memilih pasangan hidup.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Afifah Nasir & Adik-Beradik Teruja Jumpa Paris Hilton, Siap Nyanyi Lagu ‘Stars Are Blind’
Artikel Berkaitan: Afifah Nasir Akhirnya Kongsi Wajah Kekasih Kepada Umum, Rupa Paras Tampan & Berjambang
‘Mahu sempurna, tapi mustahil’
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Afifah berkata, dia mahukan seorang lelaki yang tampan, baik dan mempunyai ilmu agama yang tinggi untuk dijadikan suami.
Bagaimanapun, Afifah berpendapat tidak ramai lelaki yang memiliki ciri sedemikian di luar sana.
Saya benar-benar cerewet apabila bercakap tentang lelaki. Saya mahukan yang sempurna tapi mustahil.
Saya mahukan seseorang yang tampan, baik, tinggi, pandai berbahasa Inggeris, berintelektual, tidak minum arak, tahu banyak tentang Islam dan sebagainya.
Saya bertuah, saya pasti telah melakukan sesuatu yang hebat dalam hidup yang Allah kurniakan kepada saya tetapi sebenarnya, hanya 10 peratus yang macam tu (ciri lelaki dimaksudkan), susah nak jumpa.
Pada hantaran tersebut, Afifah turut berkongsi semula sepotong video pendek mengenai pendapat seorang individu yang menyatakan wanita pada masa kini mahukan cinta dari seorang lelaki yang ikhlas menyayangi mereka.
Dalam masa sama, Afifah turut berpesan kepada kaum adam untuk memperbaiki diri dan sentiasa menghargai kaum hawa.
Apa yang boleh saya katakan, goodluck untuk wanita di luar sana. Sekarang untuk lelaki di luar sana, jika anda mahukan wanita yang sempurna, perbaiki diri anda dahulu.
Hargai kami sebagai wanita. Tahu nilai kita. Anggap kami seperti berlian maka anda akan menemui wanita yang baik.
Sumber: Instagram