Selepas beberapa kali tidak hadir ke mahkamah, pelakon, Afiq Muiz, 31, tiba di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, hari ini.
Tampil sendirian
Menerusi laporan Berita Harian, Afiq tampil sendirian pada prosiding permohonan tuntutan cerai secara fasakh oleh isterinya, Nur Aaiea Mahdeya, 32, atau Pachara. Prosiding pada hari ini membabitkan keterangan daripada dua saksi mewakili Pachara. Afiq ketika dikerumuni wartawan sebaik tiba, bagaimanapun enggan memberi komen.
Kita tunggu keputusan mahkamah.
Sementara itu, Pachara ditemani dua saksi memohon doa yang baik agar prosiding lancar.
Tolong doakan agar semuanya lancar. Jika dia tidak hadir sekali pun, prosiding berjalan seperti biasa.
Sementara itu, peguam mewakili Pachara, Suriati Ab Ghani berkata, kehadiran Afiq boleh melambatkan proses tuntutan fasakh jika defendan tidak bersetuju dengan kemahuan isterinya.
Kalau dia datang, ia akan melambatkan proses keterangan saksi pada hari ini kerana prosesnya akan berpatah balik ke belakang.
Hari ini adalah sesi keterangan saksi untuk prosedur tuntutan fasakh. Sekiranya dia bersetuju dan mengaku tidak memberi nafkah untuk berapa tahun, bolehlah kita minta untuk fasakh.
Kalau dia ingin memberi keterangan dan tidak bersetuju dengan tuntutan Panchara, maka perlu masuk ke pembelaan bertulis pula.
Tambah Suriati, proses tuntutan fasakh ini berkemungkinan dapat diselesaikan menjelang bulan depan.
Kalau dia tak datang, Insya-Allah, bulan Mei nanti kes sudah boleh selesai kerana sesi hari ini tidak membabitkan dia, lagi pun sebelum ini, dia pernah keluarkan kenyataan untuk selesaikan secara baik.
Sumber: Berita Harian