
Bagi memastikan nilai eksklusiviti terus terpelihara, pemuzik, AG Coco berkongsi kumpulan Hujan mempunyai prinsip tersendiri sebelum menerima sebarang tawaran persembahan.
Artikel Berkaitan: Hidap Masalah Buah Pinggang Tahap Tiga, Isteri Dedah AG Coco Jalani Pembedahan ‘Sten Ureter’ Batu Karang
Artikel Berkaitan: AG Coco Akui Sakit Buah Pinggang Ganggu Aktiviti Harian
Nilai band

Ketika ditemui OhBulan!, AG atau nama sebenarnya, Mohd Hezry Mohd Hafidz berkata mereka sangat selektif dalam memilih pentas persembahan bagi memastikan setiap penampilan berkualiti.
AG yang juga gitaris Hujan juga tidak menolak pendekatan itu menjadi antara faktor utama konsert mereka terus menerima sambutan hangat daripada peminat setiap kali dianjurkan.
Sejak dahulu lagi, kami memang jarang menerima tawaran persembahan kerana mahu menjaga nilai eksklusiviti Hujan.
Mungkin itu juga antara faktor yang membuatkan setiap kali Hujan mengadakan konsert, sambutan daripada penonton sentiasa menggalakkan.
AG berkata demikian ketika ditemui pada pengumuman 15 top finalis yang layak pada pentas akhir Anugerah Lagu Indie, baru-baru ini.
Mengulas lanjut mengenai bayaran, AG menegaskan Hujan bukan sekadar sebuah band yang terdiri daripada pemuzik di atas pentas sebaliknya adalah sebuah unit besar yang bergerak serentak.
Kami juga menjaga kadar bayaran (rate card) kerana Hujan sentiasa bergerak sebagai satu unit, bukannya secara berasingan.
Unit kami melibatkan lebih 30 orang termasuk kru visual, audio dan pelbagai bahagian lain.
Mereka sudah lama bersama Hujan. Mereka memahami identiti, cara kerja dan apa yang dibawa oleh Hujan dalam setiap persembahan.
Sementara itu, AG turut menitipkan pesanan kepada kumpulan baharu yang sedang meningkat naik supaya membina sistem pengurusan dan pasukan yang kukuh sejak awal bagi memastikan perjalanan karier lebih teratur.
Kami juga mahu mendidik band-band yang sedang meningkat naik supaya bermula dengan asas yang betul dan membina sebuah unit yang kukuh sejak awal, bukannya bergerak secara berasingan.
Dalam perkembangan lain, AG bersyukur atas kejayaan Konsert Hujan XX: Hujan 20 Tahun anjuran Icon Entertainment yang menghimpunkan lebih 17,000 penonton pada Sabtu lalu.
Katanya, dia tidak menyangka konsert tersebut menerima sambutan hangat dan pada masa sama berpuas hati dengan keseluruhan penganjuran acara itu.
Dengan rasa tanggungjawab tinggi itu, kami buat kejutan dengan membawa tetamu jemputan yang tidak disangka-sangka.
Kami melakukan sebaik mungkin dalam pelbagai aspek agar para Rangers pulang dengan satu kenangan yang sukar untuk dilupakan.








