Agensi yang mewakili, Rose iaitu The Black Label menjelaskan spekulasi mengenai penglibatan penyanyi itu dalam acara ulang tahun ke-10 debut kumpulan Blackpink.

Rose Blackpink sah hadir

Menerusi satu kenyataan rasmi, The Black Label menjelaskan bahawa pihaknya bersama Rose telah membuat persiapan lebih awal bagi memastikan penyanyi itu dapat hadir dan meraikan ulang tahun tersebut bersama peminat.

The Black Label dan Rose telah memastikan lebih awal bahawa segala persiapan yang diperlukan telah diselaraskan dan tersedia supaya dia dapat berkongsi momen bermakna ini bersama peminatnya.

Kehadiran dalam acara ini sentiasa menjadi keutamaan utama buat Rose dan telah dipersiapkan dengan sewajarnya.

Susulan itu, agensi berkenaan turut menyeru orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan kritikan berdasarkan maklumat yang tidak tepat. Jelas mereka lagi, perkara tersebut secara tidak langsung boleh memberi kesan terhadap emosi artis serta peminat.

Spekulasi berdasarkan maklumat tidak tepat mengenai artis kami boleh menyakiti hati artis dan peminat. Kami dengan hormat meminta semua pihak agar mengelakkan spekulasi serta kritikan berlebihan di atas talian.

Kami juga berharap agar semua pihak memberikan sokongan supaya sambutan ulang tahun ini kekal menjadi sebuah detik yang menggembirakan buat semua.

Sebelum ini, YG Entertainment mengumumkan sambutan ulang tahun ke-10 Blackpink akan diraikan menerusi sesi bertemu peminat di Korea Selatan pada Sabtu, dengan jumlah peserta terhad kepada 40 orang.

Bagaimanapun, kenyataan bahawa acara tersebut hanya akan dihadiri oleh anggota Blackpink (Jennie, Lisa, Rose, Jisoo) yang terpilih bergantung kepada jadual masing-masing telah mengundang reaksi daripada peminat.

Sumber: The Black Label