berita

Agong, Sultan Perak & Perdana Menteri Ziarah Tun Rahah Di Hospital

December 18th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, telah meluangkan sedikit masa untuk menziarahi bonda bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak iaitu Tun Rahah Mohamed Noah di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur, semalam. Turut mengiringi beliau ketika di hospital tersebut ialah Dato Sri Mohamed Nazir Razak.

Semoga diberi kesembuhan

Petang tadi saya meluangkan masa menziarahi Tun Hajah Rahah Tan Sri Haji Mohamed Noah di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur. Sama-samalah kita berdoa ke hadrat Allah SWT agar Tun Rahah yang merupakan balu Perdana Menteri kedua Allahyarham Tun Abdul Razak dan juga bonda Datuk Seri Najib diberi kesembuhan dan dipermudahkan urusan rawatan. Amin.

Selain berkongsi beberapa foto ketika menziarah Tun Rahah, Tan Sri Muhyiddin turut memuat naik status dan mendoakan supaya balu kepada bekas Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein itu, diberikan kesembuhan.

Agong dan Sultan Perak turut mencemar duli

Bonda kurang sihat. Ramai yang datang menziarahi bonda di hospital. Saya minta saudara-saudari tolong doakan agar bonda diberi kekuatan dan sembuh. Ini tempoh yang amat sukar dan merisaukan untuk kami sekeluarga. Terima kasih Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta para pemimpin lain atas kesudian menziarahi bonda.

Patik merafak sembah dan menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah atas perkenan Tuanku-Tuanku mencemar duli berangkat menziarahi bonda patik Tun Rahah yang berada di hospital untuk rawatan.

Selain Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Sultan Perak iaitu Sultan Nazrin Shah turut mencemar duli menziarah Tun Rahah yang berada di hospital. Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga turut berterima kasih kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta pemimpin yang lain atas kesudian menziarahi bondanya.

Sumber: Tan Sri Muhyiddin Yassin & Najib Razak

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×