Pempengaruh dan penyanyi, Agy berkongsi keadaan wajahnya yang mengalami bengkak teruk selepas didakwa mengalami alahan terhadap ubat kebas ketika menjalani prosedur mencabut gigi.

Artikel Berkaitan: Agy Berang Dituduh Pakai Mekap Setiap Masa – ‘Merentan Sangat Kenapa? Kenal Pun Tidak’

Allergic ubat

Menerusi hantaran di TikTok, Agy memberitahu, selain bengkak pada muka, seluruh badannya juga menjadi gatal dan merah-kemerahan.

Allergic saya kembali, saya pergi cabut gigi tetapi saya tidak tahu yang saya ada alahan dengan ubat kebas. Sebelum ini saya allergic dengan penadol tahan sakit (pain killer).

Sekarang saya allergic dengan ubat kebas pula, memang aib muka saya bengkak begini. Muka, kaki, badan, kaki dan satu badan rasa sangat gatal.

Saya perlu berjumpa dengan doktor untuk tahu jenis ubat apakah yang saya allergic. Supaya saya boleh mengelak makannya pada masa akan datang.

Menerusi satu lagi hantaran pada entri sama, Agy memaklumkan bengkak pada wajahnya sudah susut selepas dia mendapatkan rawatan di sebuah klinik.

Saya sudah pergi klinik dan ambil suntikan, alhamdulillah bengkak sudah mula surut. Gatal-gatal pada badan juga sudah hilang.

Saya pernah buat ujian allergic makanan sebelum ini, tapi sekarang saya perlu buat ujian allergic ubat pula.

Video

@agy.official

Not again 😭 I have big event tomorrow 😭 Abang @Muhammad Noor bin Zakaria help!!!

♬ original sound – Agy – Agy

Sumber: TikTok