berita

Ah Long Dedah Sehari 40 Orang Nak Pinjam Duit, Kebanyakan Peniaga Kecil

February 11th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar Gambar Hiasan

Tidak dinafikan sejak pandemik Covid-19 melanda negara sejak Mac yang lalu, ramai individu yang terkesan. Hal ini disebabkan, ada syarikat yang terpaksa mengurangkan gaji pekerja dan terdapat kes di mana pekerja dibuang. Lagi menyedihkan, apabila individu-individu yang terkesan ini terpaksa mencari alternatif lain bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Seperti laporan yang dipetik daripada Sinar Harian, pihak pemberi pinjaman wang atau lebih sinonim dengan jolokan ‘Ah Long’ menceritakan pihaknya menerima sebanyak 40 pelanggan sehari sejak pandemik ini berlaku.

Pelanggan bertambah saban hari

Sekadar Gambar Hiasan

Pemilik kepada perniagaan itu menjelaskan, sehingga kini pelanggan yang diterimanya sudah melebihi 5,000 orang. Jelasnya lagi, rata-rata pelangganya terdiri daripada peniaga-peniaga kecil yang tidak dapat berniaga seperti biasa.

Setiap hari kami menerima seramai 40 pelanggan sejak Covid-19 melanda negara. Rata-rata mereka terdiri daripada peniaga-peniaga kecil.

Difahamkan, modus operandi yang digunakan olehnya (Ah Long), peminjam itu akan mendapat kemudahan kredit dalam tempoh satu jam sahaja. Prosesnya begitu mudah dan boleh diselesaikan menerusi beberapa langkah mudah dengan disertakan gambar kad pengenalan, nama, dan alamat bagi tujuan permohonan.

Pelbagai pakej ditawarkan

Sekadar Gambar Hiasan

Tidak berakhir di situ, pemilik kepada perniagaan itu juga turut menjelaskan pihaknya turut menyediakan beberapa jenis pakej pinjaman kepada pelanggan mengikut kesesuaian mereka.

Kita ada menyediakan beberapa pakej pinjaman kepada pelanggan. Antaranya ialah menawarkan kadar faedah yang rendah tetapi peminjam perlu meletakkan cagaran harta seperti rumah, tanah dan kereta. Manakala bagi peminjam yang tidak mahu meletakkan cagaran, faedah yang rendah diberi sekiranya mereka meminjam dalam tempoh masa yang singkat.

Bagi peminjam, mereka perlu akur dengan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Ah Long dan pinjaman tersebut hanya dikenakan kadar faedah sebanyak lima peratus setahun.

Jika pelanggan meminjam sebanyak RM10,000 maka kadar faedah yang dikenakan ialah RM500 dan RM20,000 ialah sebanyak RM1,000.

Terdahulu, media melaporkan terdapat Ah Long yang tidak bertanggungjawab dengan menjual kad juruwang automatik (ATM) dengan harga RM300 bagi satu kad.

Respon warganet

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pendapat Ah Long dijadikan sebagai tempat pinjaman duit kerana mereka terdesak berikutan pandemik ini.

Pada masa yang sama, ada juga netizen yang memberikan nasihat supaya sama sekali tidak menggunakan perkhidmatan Ah Long kerana ia memberi kesan pada masa jangka panjang.

Sumber: Sinar Harian

SKIP THIS AD ×