berita

#MH370 : Ahli Keluarga Diminta Beri Sampel DNA

December 4th, 2014 | by Wan
Kini Trending

fmly

Hampir 10 bulan setelah kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370, masih tiada tanda-tanda bahawa pesawat itu bakal dijumpai. Namun malam kelmarin, ahli keluarga penumpang dan kru pesawat  MH370 diminta bersiap sedia dengan sampel DNA.

Perkara ini diumumkan dalam satu sesi taklimat yang dijalankan selama hampir dua jam di Akademi MAS, Kelana Jaya. Persoalannya, adakah pesawat MH370 akan ditemui dalam masa terdekat?

Menurut salah seorang ahli keluarga penumpang MH370, sampel DNA perlu diberikan kepada pihak berkuasa untuk disimpan sebagai langkah persediaan sekiranya mereka menemui bangkai pesawat.

dna-swab

Kenyataan daripada pihak MAS bagaimanapun mengelirukan kira-kira 35 ahli keluarga penumpang dan kru MH370 yang hadir pada taklimat itu kerana tidak diberikan tarikh khusus bila sampel berkenaan akan diambil dan bagaimana ia akan dilakukan.

Kami dimaklumkan ahli keluarga yang sudah bersedia boleh memberikannya (sampel DNA) malam kelmarin, tetapi kami tidak melihat pasukan perubatan berada di lokasi taklimat.

Saya tertanya-tanya bagaimana mereka akan melakukannya ini. Adakah mereka mengharapkan kita untuk mendapatkan putik kapas dan menyerahkan air liur kepada mereka? katanya.

Selain daripada pengumuman persampelan DNA, pihak MAS turut menerangkan berhubung perkembangan operasi pencarian yang sedang dijalankan dan isu pampasan untuk ahli keluarga.

Sumber Berita : Hmetro

SKIP THIS AD ×