berita

Ahli Keluarga Terima Pampasan RM1.5 Juta, Perdana Menteri Minta Kes Muhammad Adib Disiasat Secara Menyeluruh

March 20th, 2022 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Rakyat Malaysia sudah pasti tidak dapat melupakan detik hitam yang berlaku pada November 2018 di mana wira negara, Muhammad Adib Mohd Kassim terkorban dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya.

Artikel berkaitan : Kecewa Kenyataan KPN Bercanggah, Keluarga Arwah Adib Mahu Saman PDRM

Artikel berkaitan : ‘Dah Tukar Kerajaan & Peguam Negara Baru, Biarlah Ada Jalan Untuk Keadilan’- Ibu Bapa Arwah Adib

Artikel berkaitan : ‘Ketika Dia Mengambil Yang Kita Sayang…’ – Tunang Muhammad Adib Luah Rasa Sayu

Terima pampasan RM1.5 juta

Foto : The Star

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pihak kerajaan telah membayar pampasan sebanyak RM1.5 juta kepada ahli keluarga Muhammad Adib pada 29 November 2021.

Dalam pada itu, beliau turut mengatakan bahawa siasatan berhubung insiden berkenaan masih dijalankan dan perlu disiasat secara menyeluruh agar dapat memberikan pembelaan yang sewajarnya.

Kes kematian arwah Muhammad Adib sedang disiasat secara menyeluruh dan telus serta diberikan pembelaan sewajarnya. Jawatankuasa khas siasatan telah membentangkan laporan interim pada 15 Mac 2022.

Terdahulu, Mahkamah Koroner Shah Alam memutuskan kematian Muhammad Adib adalah disebabkan perbuatan jenayah yang dilakukan lebih dua atau tiga individu tidak diketahui.

Sumber : Kosmo

SKIP THIS AD ×