berita

Ahli Parlimen Pas Minta Kerajaan ‘Kawal’ Konsert Dari Luar Seperti Blackpink

March 8th, 2023 | by Wani
Kini Trending

Konsert Blackpink yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil baru-baru ini dianggap satu kejayaan apabila dibanjiri kira-kira 60,000 peminat yang hadir.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Air Mengalir Laju Di SNBJ, Peminat Risau ‘Tenggelam’ Dalam Konsert BLACKPINK

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Penampilan Jisoo BLACKPINK Tarik Perhatian Peminat, Ramai Cakap Makin Nampak Muda

Artikel Berkaitan: Guna Foto Rose Blackpink Dalam Katalog Pelacur, Peminat ‘Naik Hantu’ Sampai Produksi Mohon Maaf

Tidak bolehkah kawal?…

Menerusi laporan FMT, Ahli Parlimen Pas, Nurul Amin Hamid (PN-Padang Terap) menyatakan konsert penyanyi luar negara telah mencetus rasa ‘kurang senang’ di kalangan umat Islam.

Saya ingin membangkitkan satu isu yang membimbangkan masyarakat Islam di negara ini…konsert dan persembahan dari artis luar semakin banyak diadakan di sini.

Antara artisnya adalah Westlife, OneRepublic, MAMAMOO, Jay Chou dan yang terbaru, kumpulan k-pop, Blackpink.

Tidak bolehkah kerajaan mengawal penganjuran konsert luar, yang semakin diberi ruang di negara kita?

Tambahnya, jumlah penonton yang hadir pada malam konsert Blackpink itu tidak selari dengan nilai penduduk majoriti Islam di negara ini.

Dalam pada itu, Nurul Amin Hamid turut menyatakan bahawa konsert itu tidak sepatutnya berlangsung oleh kerana masalah banjir yang melanda tiga negeri ketika itu.

Sekadar info, konsert Blackpink yang dilangsungkan baru-baru ini merupakan antara konsert yang paling ramai dihadiri dalam sejarah Malaysia yang dibanjiri lebih 60,000 orang di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Sumber: FMT

SKIP THIS AD ×