berita

Ahmad Idham & Yusof Haslam Bergabung, Arah Filem Bertajuk “Gangster Celop”

July 13th, 2012 | by Ai
Filem Antarabangsa

Kami masih tertanya-tanya, kalau dulu Yusof Haslam memang terkenal dengan drama bersiri polis, “Gerak Khas”, kini sedikit demi sedikit berubah kepada bidang pengarahan ‘gangster’ pula. Sudah bosan barangkali.

Terbaru dari kedua-dua pengarah popular, Ahmad Idham & Yusof Haslam khabarnya telah bergabung untuk menerbitkan sebuah filem terbaru berjudul “Gangster Celop”. Ahmad Idham ketika ditemubual mStar Online berkata, “Saya harap lebih ramai lagi syarikat produksi tempatan bergabung setiap kali menerbitkan sesebuah filem.

“Selain dapat hasil kualiti yang lebih bagus, gabungan dua syarikat juga dapat mengelakkan kerugian yang teruk sekiranya tiada sambutan bagi filem yang diterbitkan.” – dipetik dari mStar Online.

Apa yang pasti, filem ini sudah pun dilancarkan semalam di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dan akan dibarisi oleh pelakon-pelakon seperti Syamsul Yusof, Kamal Adli, Hanis Zalikha, Azad Jazmin dan Reen Rahim.