Kalau sebut tentang insurans dan perlindungan takaful, terus dalam kepala terbayang beberapa syarikat terkemuka di Malaysia termasuklah AIA PUBLIC Takaful. Pejam celik, pejam celik, AIA PUBLIC Takaful tahun ini menyambut ulang tahun penubuhannya yang ke-10! Tahniah!
Sepanjang dekad ini, AIA PUBLIC Takaful berkembang dari hanya pengendali takaful tradisional. Bukan sekadar bantu pelanggan bila ditimpa musibah tapi kini sentiasa di sisi pelanggan sepanjang perjalanan perlindungan mereka.
Untuk yang tak tau, AIA PUBLIC Takaful dimiliki bersama oleh AIA Bhd, Public Bank Berhad (PBB) dan Public Islamic Bank Berhad (anak syarikat milik penuh PBB).
Ok dah. Jom kami kongsikan antara usaha AIA PUBLIC Takaful untuk membantu rakyat Malaysia hidup lebih sihat, berpanjangan dan bermakna!
Sediakan perlindungan bernilai RM61 bilion!
Kalau korang nak tahu, Takaful ni merupakan skim yang berasaskan konsep persaudaraan, perpaduan dan tolong menolong sesama peserta takaful. Apa yang menarik, AIA PUBLIC Takaful bersama-sama peserta takafulnya sudah menyediakan sokongan kewangan bernilai RM1.3 bilion kepada lebih 170,000 keluarga di negara ini.
Bukan itu saja, setakat ini AIA PUBLIC Takaful telah membantu menyediakan perlindungan komprehensif bernilai RM61 bilion kepada rakyat Malaysia untuk menghadapi peristiwa yang tidak diduga.
Menurut Elmie Aman Najas, Ketua Pegawai Eksekutif AIA PUBLIC Takaful, legasi 10 tahun ini tidak akan terbina tanpa sokongan dan kepercayaan daripada pelanggan yang sentiasa menjadi tunjang utama dalam setiap inisiatif yang dilakukan.
“Fokus kami kini adalah untuk sentiasa mencari kaedah baharu dan inovatif yang boleh mempertingkatkan perkhidmatan kami, bukan sahaja dari segi tawaran produk, tetapi juga perkhidmatan tambah nilai yang boleh membawa perubahan dalam hidup pelanggan.
Susulan pandemik Covid-19, syarikat berkenaan melihat peningkatan dalam kesedaran dan minat untuk perlindungan takaful. Elmie juga berkata, permintaan untuk proposisi kesihatan dan kesejahteraan peribadi serta khidmat nasihat profesional juga lebih tinggi.
“Kami berbangga kerana dengan kerjasama 20,000 Perancang Hayat AIA Malaysia serta rakan kongsi, kami dapat memenuhi permintaan itu melalui keupayaan digital dan teknologi kami disamping memastikan keselamatan berterusan pelanggan dan ahli agensi kami.
AIA PUBLIC Takaful juga menyediakan pelan perlindungan untuk semua peringkat kehidupan tau. Dari pelan mampu milik dibawah Perlindungan Tenang, khusus buat golongan berpendapatan rendah sehinggalah penyelesaian perancangan legasi yang menawarkan pelanggan peluang untuk menyumbang semula kepada komuniti. Semuanya ada!
“Faedah takaful kami bukan hanya memenuhi keperluan kewangan dan perlindungan pelanggan, tetapi juga membolehkan mereka melakukan amal jariah berterusan walaupun apabila mereka sudah tiada,” tambah Elmie.
Haa..sebut pasal amal jariah, jom baca tentang Program Kongsi Rezeki yang dilancarkan oleh AIA PUBLIC Takaful sempena sambutan ulang tahunnya yang ke-10.
Tambah baik tempat tinggal dan pengalaman pembelajaran buat 500 anak yatim
Untuk pengetahuan korang, Program Kongsi Rezeki ni adalah sebuah inisiatif komuniti dengan kerjasama Malaysian Relief Agency (MRA), di mana 10 rumah anak yatim di sekitar Lembah Klang, Kedah, Perak, Kelantan, Negeri Sembilan, Melaka dan Sabah menerima komputer riba baharu dan kelengkapan tempat tidur seperti katil dan tilam, serta keperluan harian yang lain.
Sumbangan bernilai RM250,000 ini akan membantu lebih 500 anak-anak yatim mendapat akses kepada pengalaman pembelajaran dalam talian yang lebih baik, di samping tempat tinggal yang lebih selesa. Syabas!
Tambah Elmie “Usaha ini adalah tanggungjawab bersama kami dalam menyokong rumah-rumah anak yatim membesarkan kanak-kanak yang sihat dan ceria. Diharapkan sumbangan ini dapat membantu meringankan beban mereka sepanjang tempoh mencabar ini dan semoga anak-anak ini lebih bersemangat untuk belajar.”
Jom sertai kempen #10TahunBersamaAnda dan menangi baucar menarik!
Bagi menghargai sokongan berterusan rakyat Malaysia dan para pelanggannya, AIA PUBLIC Takaful juga telah melancarkan kempen #10TahunBersamaAnda.
Ada banyak peraduan media sosial termasuklah permainan trivia interaktif yang korang boleh join bermula 20 September hingga 31 Oktober 2021 ini.
Jadi apa tunggu lagi, jomlah sertai kempen ini dan berpeluang untuk memenangi e-baucar daripada Shopee dan Touch ‘n Go. Yeay!
Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang ulang tahun ke-10 AIA PUBLIC Takaful dan pelbagai lagi inisiatif #10TahunBersamaAnda, klik sini atau boleh layari halaman Facebook dan Instagram AIA PUBLIC Takaful.