berita

Aidil Zafuan Hadir Ke Mahkamah Untuk Proses Sulh Hak Penjagaan Anak

December 19th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Menerusi laporan akhbar Harian Metro hari ini, pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, 25 dikatakan telah hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Seremban semalam bagi menjalani proses sulh hak untuk penjagaan dua anak lelakinya iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.

Secara umumnya semalam merupakan hari pertama proses sulh Aidil, dan ia hanya membabitkan dirinya dan pegawai Mahkamah Tinggi Syariah Seremban sahaja. Dalam pada itu, Rita Rudaini turut dikatakan tidak dapat hadir ke mahkamah pada saat-saat akhir.

“Proses sulh pertama tetap diteruskan kerana tarikh sudah ditetapkan oleh mahkamah dan akan disambung pada tarikh ditetap kelak menerusi surat dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sembilan.”

Merujuk laporan yang sama, peguam Noor Ariff Delia memaklumkan bahawa Aidil telah memfailkan permohonan sulh pada 1 November lalu dan ia bertujuan untuk mencari jalan penyelesaian awal terhadap hak penjagaan anak-anaknya.

“Proses sulh bertujuan mencari jalan penyelesaian antara pasangan suami isteri dan ia membolehkan kedua-dua pihak mendapat keadilan.”

“Tuntutan hak penjagaan anak ini boleh dilakukan walaupun pasangan tidak bercerai.”

SKIP THIS AD ×