berita

Aidil Zafuan Pertahankan Isteri, Anggap Rita Rudaini Melampau

June 20th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-06-20 at 11.24.38 AM

Pening juga kepala. Tak tahulah mana yang betul. Rasanya mereka berdua ni memang kena ditemubual serentak supaya tidak timbul lagi cerita yang tidak selari.

Mana taknya, menurut Rita, Aidil langsung tidak bertanya khabar mengenai anaknya. Sebaliknya,  menerusi laporan Mstar Online, Aidil mendakwa bahawa Rita yang tidak membalas mesej yang dihantar.

Malah, Aidil memberitahu bahawa Zarema Zainal tidak pernah menghalang dia untuk berjumpa anak-anak dan sekaligus menafikan Whatsapp dan WeChat Rita Rudaini disekat oleh isterinya itu.

Screen Shot 2014-06-20 at 11.23.54 AMRita Rudaini dikatakan sengaja mahu memburukkan nama Aidil dan Zarema

“Selama ini isteri saya tidak pernah menghalang saya untuk berjumpa dengan anak-anak. Saya terkejut apabila Rita menuduh isteri saya pula menyekat (block) aplikasi WhatsApp dan WeChat saya agar tidak dapat berhubung dengannya.

Rasanya tuduhan Rita itu sudah melampau. Andai kata memang benar WhatsApp dan Wechat disekat, SMS (sistem khidmat pesanan ringkas) kan ada? Kenapa dia tak boleh SMS atau telefon saya terus?”

Pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) ini bagaimanapun mengakui tidak sempat melawat kedua orang anaknya, Rayyan dan Arjuna.

“Memang sejak berkahwin ini, saya tidak berkesempatan berjumpa dengan anak-anak kerana saya kini menetap di Johor. Sebab itu saya jarang jumpa anak-anak.

Tetapi saya ada tanya khabar mereka kepada Rita. Dia yang tidak balas mesej saya. Masa anak saya, Arjuna sakit pun dia tidak beritahu. Saya dapat tahu pun selepas Rita memuat naik gambar anak di Instagram dan apabila saya mesej dia tanya betul ke anak masuk hosiptal? Dia tak jawab pun.

Sebagai ibu kepada ana-anaknya, dia mesti beritahu saya apa-apa masalah berkaitan dengan anak-anak. Tetapi dia buat tak tahu sahaja. Dan kemudian lain pula jadinya apabila orang hentam dan tuduh saya langsung tidak pedulikan anak. Kenapa dia mesti burukkan nama saya?

Itu yang membuatkan saya lagi geram. Di mahkamah, saya mengalah dan beri hak penjagaan anak-anak kepada dia. Tetapi apabila anak sakit, dia tak cakap apa-apa pun kepada saya.”

Apa pula respon Rita Rudaini selepas ini ya? Rasanya perkara ini boleh diselesaikan dengan cara yang lebih baik kan?.Mungkin selepas ni Aidil boleh buat jadual khas untuk melawat anaknya supaya tidak dituduh ‘bapa tak bertanggungjawab’.