berita

Aidil Zafuan Tidak Sanggup Kehilangan Anak-anak

November 27th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Nampaknya pergolakan rumah tangga antara pelakon jelita, Rita Rudaini dan Aidil Zafuan tidak pernah reda. Terbaru menerusi laporan mStar Online, Aidil menegaskan bahawa dia tidak sanggup kehilangan anak-anak dan akan berusaha untuk berjumpa dengan mereka.

“Bapa mana yang tak sedih apabila Rita pernah berkata anak-anak tidak pernah bertanyakan tentang saya.”

“Walau apa pun terjadi, saya akan pastikan dapat berjumpa dengan anak-anak. Saya tidak sanggup kehilangan mereka.”

“Saya sanggup membuat apa sahaja untuk mendapatkan hak sebagai seorang bapa.”

Menerusi laporan yang sama, Rita Rudaini telah mendakwa Aidil tidak jujur dalam memberikan kenyataan dan pelakon ini tetap ingin meneruskan tindakannya menuntut keadilan keatas diri Aidil.

Menurut Rita, sekiranya Aidil seorang yang beranggungjawab pasti Aidil akan hadir ke mahkamah untuk menyelesaikan kes mereka, akan tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

“Dia bagi alasan sibuk kerana bermain bola sepak. Dari situ kita boleh mengukur kejujuran kata-kata Aidil itu.”

“Saya mahu Aidil bercakap benar. Jangan putar belitkan cerita. Saya akan tetap meneruskan tindakan saya untuk menuntut keadilan.”