berita

Aidit & Isteri Pulih Daripada Gangguan Sihir Pemisah, Tidak Mahu Tahu Siapa Pelaku

July 21st, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pernah berdepan gangguan sihir pemisah dalam rumah tangga pada tahun lalu, pelakon, Aidit Noh dan isteri, Nur Atiqah Hanani sudah pulih sepenuhnya.

Tidak tahu siapa pelaku

Menurut Aidit, dia sangat bersyukur kerana sudah pulih daripada gangguan sihir. Tambah Aidit, dia dan isteri lebih berhati-hati sekarang. Di samping itu, pasangan ini memberitahu mereka banyak belajar selepas terkena gangguan tersebut. Menurut isteri Aidit, mereka lebih sabar dan bersemangat untuk mempertahankan ikatan perkahwinan yang dibina.

Alhamdulillah, mengenai gangguan sihir (pemisah) yang dialami itu, kami bersyukur kepada Allah kerana sudah memberikan kesembuhan. Kini, kami lebih berhati-hati dan bermuhasabah diri selalu.

Paling penting, sentiasa mendekatkan diri kepada Allah kerana semua ujian yang datang dalam kehidupan kita berlaku diatas izin Allah juga. Saya melihat apa yang dilalui dengan isteri itu sebagai kasih sayang Allah agar kami sentiasa ingat beramal kepada-Nya.

Disoal sama ada mereka tahu atau mengenali pihak yang menghantar sihir itu, Aidit berkata, dia tidak mahu mengetahuinya dan cukuplah berubat selama ini untuk sihat semula. Ujarnya, lebih baik tidak tahu siapa pelaku terbabit.

Saya dan isteri memang sepakat tidak mahu tahu siapa pelaku itu (penghantar sihir). Bagi kami, berubat sebab nak kesihatan kembali pulih saja, termasuk hubungan dalam rumah tangga baik semula. Itu paling utama.

Kami juga bimbang kalau ada rasa kurang selesa dan berdendam apabila tahu pelakunya. Kita ini manusia biasa dan tidak sempurna. Jadi, kami juga tidak mahu mengaitkan sesiapa kerana takut berlaku fitnah pula. Justeru, dah baik sekarang pun Alhamdulillah sangat.

Terdahulu, Aidit mendirikan rumah tangga dengan Nur Atiqah Hanani pada 29 Mei 2021. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Qadeeja kini berusia lapan bulan.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×