berita

Aiman Hakim Ridza Ganti Fahrin Ahmad Sebagai Duta Garnier Men?

May 16th, 2014 | by Ai
Kini Trending

diandra_93

Jangan terkejut jika tiba-tiba anda melihat wajah pelakon kacak, Aiman Hakim Ridza terpampang menghiasi produk penjagaan wajah khusus buat lelaki iaitu Garnier Men.

Ini kerana, pelakon yang popular menerusi drama ‘Projek Memikat Suami’ ini telah dilantik menjadi duta dan jurucakap terbaru bagi produk penjagaan kulit lelaki ini.

Namun, bagi pengguna setia produk ini, sudah pasti anda tertanya-tanya dimanakah kelibat duta Garnier Men sebelum ini iaitu Fahrin Ahmad bukan?

image002

Macam mana, kacak tak?

Adakah perlantikan Aiman ini bakal menggantikan Fahrin atau sebaliknya, sama-samalah kita nantikan jawapannya nanti.

Bagi kami, siapa pun yang menjadi duta tak menjadi masalah kerana baik Fahrin ataupun Aiman, kedua-dua pelakon ini mempunyai aura dan peminat mereka yang tersendiri.

Apa yang pasti, perlantikan Aiman ini sedikit sebanyak bakal meningkatkan lagi hasil jualan Garnier Men. Tak gitu?

Apapun, tahniah kami ucapkan kepada Aiman diatas perlantikan terbaru ini. Nampaknya, lepas ini makin bertambahlah seri pelakon yang sedang hangat bercinta dengan Fathia Latiff ini.

Kami harap Aiman dapat menggalas tanggungjawab sebagai duta produk dengan baik.

SKIP THIS AD ×