berita

Aiman Maki Hamun Fathia Kerana Percaya Komen Negatif?

June 9th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

Malam-Anugerah-Drama-Festival-KL-204

Masa mula-mula bercinta memang semuanya manis, kan? Tapi bila dah lama, salah sikit pun boleh jadi isu hingga bergaduh besar.

Ya, itu semua lumrah berpasangan dan ada kena mengena sikit dengan kisah percintaan antara Nur Fathia dan Aiman Hakim Ridza.

Menerusi Metro Ahad semalam, akhbar tersebut melaporkan Aiman pernah memarahi dan memaki hamun Fathia selepas mempercayai komen negatif seorang peminat di laman blog hiburan minggu lalu.

Malam-Anugerah-Drama-Festival-KL-201

Tambah laporan itu lagi, butir bicara Aiman tidak dapat dipastikan namun difahamkan kata-kata tersebut sangat kasar dan boleh menjatuhkan air muka Fathia.

Kalau ada yang tertanya-tanya sama ada hubungan mereka terjejas kerana perkara itu, jawapan Fathia menjelaskan seperti segalanya masih terkawal.

Hubungan kami masih okay walaupun ada pasang surutnya. Soal jodoh, kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Bercinta bertahun-tahun pun, andai tiada jodoh tidak ke mana juga.

ARIANA-ROSE-Drama-PC-44-630x420

Tapi apa yang pelik, Fathia nampaknya tidak berharap perhubungan mereka akan berakhir dengan ikatan perkahwinan seperti diidamkan pasangan bercinta yang lain.

Bercinta tidak semestinya berakhir dengan perkahwinan. Justeru, saya tidak meletak apa-apa harapan terhadap hubungan ini.

Apapun, semoga Aiman dan Fathia bertemu jodoh hingga ke jinjang pelamin memandangkan mereka pun dah rapat dengan keluarga masing-masing. Apatah lagi, kedua-duanya sama cantik sama padan. Mesti anak-anak comel belaka nanti.

Kredit foto: Instagram Nur Fathia

SKIP THIS AD ×