berita

Aiman Tino Gesa Penganjur Bayar Hutang – ‘Nak Raya Dah Ni, Kejar Malam Lailatul Qadar Sambil Bayar Mana Yang Patut’

April 7th, 2024 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Instagram, penyanyi Aiman Tino memberi peringatan dan berharap pihak penganjur melunaskan bayaran persembahan tertunggak kepadanya sebelum tibanya kedatangan Syawal.

Artikel Berkaitan: Aiman Tino Gesa Pihak Penganjur Bayar Baki Hutang RM8,000! Tak Teragak Heret Ke Mahkamah

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Isteri Berselera Sedut Air Dari Mulut Aiman Tino, Netizen Kata Sweet Do’oh!

Nak raya dah ni

Menurut Aiman, sehingga saat ini dia masih belum menerima apa-apa bayaran daripada pihak penganjur setelah selesai melakukan persembahan.

Salam nak raya dah ni, mana bayaran saya? Persembahan sudah selesai tapi bayaran tak masuk-masuk! Sila hubungi saya. Takkan saya nak mesej sebut nama setiap orang. Faham-fahamlah ya. Kejar malam lailatul qadar sambil bayarlah mana yang patut juga.

Tambah Aiman, dia memohon agar individu yang dimaksudkan itu menyedari perkara tersebut tanpa perlu disebutkan namanya. Pelantun suara ‘Ku Rela Dibenci’ ini turut berkata, selain mencari keberkatan di malam 10 terakhir Ramadan ini dia meminta agar segala hutangnya turut dilangsaikan dengan kadar segera.

Terdahulu, Aiman memberitahu dia tidak teragak-agak untuk membawa hal tersebut ke muka pengadilan selepas hampir setahun menuntut hutang berkenaan.

Sumber: Aiman Tino

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×