berita

Ain Edruce Selamat Lahirkan Anak Sulung. Sempat Lagi Buat TikTok!

May 20th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Pengacara dan pelakon Ain Edruce selamat melahirkan anak sulungnya hasil daripada perkahwinan bersama suami, Amirul Hafizz. Pengacara berusia 30 tahun itu telah dimasukkan ke Hospital Sunway Medical Centre malam tadi bagi menunggu kelahiran cahaya mata pertama. Siap sempat buat TikTok lagi tu.. Tahniah Ain Edruce dan suami!

Selamat bersalin anak sulung

Difahamkan, Ain Edruce telah melahirkan anak pada 19 Mei. Berita gembira itu sempat dikongsi Ain Edruce melalui IG Stories dengan memaklumkan dirinya sudah selamat melahirkan anak. Segala maklumat atau wajah bayi belum dikongsi pengacara ini lagi.

Mungkin Ain ingin membuat ‘kejutan’ sebagai content di laman YouTube dan sepastinya menghargai peminat setia yang menantikan kehadiran cahaya mata itu.

Setelah berbelas-belas jam saya di dalam hospital, akhirnya, Ain dah bersalin…

Sempat buat TikTok

@ainedruce91Come on ain !? why is everyone using this sound – kailie

Sementara, pengacara ini kelihatan sempat memuat naik sebuah video di laman TikTok sebagai perkongsian kepada pengikutnya yang sentiasa memberi sokongan. Tontonan di laman TikTok bagi content ini telah mencecah 2 juta! Di ruangan komen, rata-rata pengikutnya memberikan kata-kata semangat kepada Ain Edruce.

Sumber: Ain Edruce

SKIP THIS AD ×