Penyanyi Aina Abdul dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian (ABPBH) ke-36 yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), pada Jumaat.

Artikel Berkaitan: Bell Ngasri Ungguli Dua Kategori Pencalonan Top 5 ABPBH36! Eman Manan, Raja Azura, Hun Haqeem & KJ Turut Tercalon

Artikel Berkaitan: Tiket ABPBH 36 ‘Laku Keras’ & Habis Dijual, Bukti Sokongan Peminat Tetap Utuh

Aina menang!

Menerusi kemenangan itu, Aina berjaya membawa pulang trofi dan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) tajaan produk kecantikan, CONBOO.

Aina berjaya menewaskan calon ‘favorite’ lain iaitu Khai Bahar, Senario, Siti Nordiana, Anna Jobling dan KJ.

Selain memenangi anugerah utama, Aina turut memenangi kategori Penyanyi Wanita Popular.

Aination! Terima kasih kepada ibu saya, kepada Aination kerana terus mengundi. Anugerah ini untuk anda, terima kasih atas usaha anda setiap malam undi saya.

Terima kasih kepada Berita Harian dan TV3 kerana beri peluang ini. Terima kasih juga kepada Aina Abdul Entertainment.

Satu pesanan ibu saya kepada saya yang tidak akan saya lupa sampai bila-bila ialah ‘dont give, Allah is up’

Sementara itu, penerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat dianugerahkan kepada Datuk S Atan.

Malam kemuncak ABPBH 36 dihoskan oleh Didie Alias, Haniff Hamzah dan Riena Diana.

Lebih meriah lagi, anugerah berprestij itu turut diserikan dengan persembahan Ernie Zakri, Marsha Milan, Haqiem Rusli, DeFam, Hael Husaini, Syamel, Zamani, Usop, Hazama, Shiha Zikir dan Tuju.

Berikut merupakan senarai penuh pemenang bagi semua kategori:

Kategori utama

Artis Baharu Lelaki Popular – Shah Radhy

Artis Baharu Wanita Popular – Erysha Emyra

Penyanyi Lelaki Popular – Khai Bahar

Penyanyi Wanita Popular – Aina Abdul

Aktor Filem Popular – Aedy Ashraf

Aktres Filem Popular – Fasha Sandha

Aktor Pembantu Filem Popular – Alif Hadi

Aktres Pembantu Filem Popular – Raja Ema

Aktor TV Popular – Hun Haqeem

Aktres TV Popular – Anna Jobling

Aktor Pembantu TV Popular – Shah Iskandar

Aktres Pembantu TV Popular – Rita Rudaini

Penyampai Radio Popular – KJ

Pengacara TV Popular – Uyaina Arshad

Artis Komedi Popular – Senario

Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular – Dolla

Kategori extra

Lagu Paling Boom Popular – Masing – Masing (Ernie Zakri & Ade Govinda

Couple Filem Popular – Bront Palare & Nadiya Nissa (Harum Malam)

Couple Drama Popular – Amir Ahnaf & Anna Jobling (Syurga Itu Bukan Mudah)

Watak Antagonis Drama Popular – Aleza Shadan

Artis Sensasi Popular – Siti Nordiana

Bertemakan Teguh, ABPBH 36 yang diinspirasikan oleh penaja utama, CONBOO telah disiarkan secara langsung di TV3 dan distrim melalui Tonton dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor.