
Penyanyi dan komposer, Aina Abdul tidak meletakkan sebarang kriteria khusus dalam mencari calon suami, namun lebih selesa sekiranya dipertemukan jodoh dengan lelaki yang bukan bekerja dalam dunia hiburan.
Artikel Berkaitan: Aina Abdul Solat, 5.2k Penonton ‘Jaga’ Asam Pedas & Telur Dadar
Bukan orang industri

Aina atau nama lengkapnya Nurul Aina Abdul Ghani, 33, berkata dia enggan hubungan rumah tangga dipengaruhi unsur persaingan kerjaya yang kadangkala boleh menjejaskan keharmonian.
Secara jujurnya kalau tanya, saya tiada pun ciri-ciri spesifik untuk calon suami. Namun apa yang penting, saya lebih tertarik dengan seseorang yang tidak bekerja dalam industri seni seperti saya.
Aina berkongsi perkara itu ketika ditemu bual dalam sebuah stesen radio baru-baru ini.
Tambah pelantun lagu Berjauh-an itu, dia pernah melihat sendiri beberapa rakan dalam industri berdepan konflik rumah tangga disebabkan tekanan dan persaingan dalam bidang sama.
Sebab saya tidak mahu timbul rasa bersaing, kerana saya ada segelintir kawan yang mengalami masalah tersebut.
Dalam masa sama, Aina berkata dia mengimpikan sebuah hubungan yang lebih tenang dan tidak terlalu berkisar tentang kerjaya seni apabila berada di rumah bersama pasangan.
Saya lebih rela kalau berkahwin dengan seseorang yang apabila saya balik ke rumah, kami tidak bercakap fasal industri. Kami boleh borak tentang hal lain dan jalani kehidupan seperti biasa.
Sementara itu, Aina turut berkongsi cerita di sebalik pemilihan Jepun sebagai lokasi penggambaran video muzik lagu Berjauh-an yang rupa-rupanya mempunyai kaitan dengan kisah cintanya terdahulu.
Lokasi Jepun itu dipilih sebab dulu pernah bercita-cita nak pergi dengan orang itu (bekas kekasih) ke Jepun. Kasihan saya.
Sumber: Instagram





![[VIDEO] Madammu Sebak Anak Menangis Minta Maaf Terlalu Inginkan Adik – ‘Katanya Dia Mahu Baby, Tapi Saya Yang Sakit Lalui Proses Itu’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/madammu1.jpg)


