Tular di media sosial sepotong video memaparkan penyanyi dan komposer, Aina Abdul menyantuni seorang peminat Orang Kurang Upaya (OKU) sehingga meraih perhatian dan pujian ramai.

Artikel Berkaitan: ‘Tak Perlu Fikir Mendalam, Memasak Adalah Terapi Saya’ – Aina Abdul Tak Melatah Dengan Komen Netizen

Santuni peminat kurang upaya

Menerusi perkongsian tersebut, Aina difahamkan baru selesai menjayakan sebuah persembahan di ibu kota pada Sabtu lalu sebelum beredar pulang menaiki kereta.

Bagaimanapun, pelantun lagu Terus Hidup itu dikatakan sempat meminta pemandunya memberhentikan kenderaan selepas menyedari kehadiran seorang wanita berkerusi roda yang melambainya dari tepi jalan.

Aina sudah dalam kereta dan mahu gerak balik, tapi dia minta driver berhenti sebab dia nampak seorang akak yang selalu juga datang show dia. Aina keluar kereta dan bergambar dengan kakak itu.

Momen berkenaan turut memperlihatkan peminat wanita itu begitu teruja dan gembira apabila berpeluang bertemu penyanyi kesayangannya sebelum memeluk Aina.

Tindakan penyanyi berusia 32 tahun itu menyentuh hati ramai netizen yang menyifatkannya sebagai seorang artis yang merendah diri selain sentiasa menghargai peminat tanpa mengira keadaan.

Sumber: Threads