berita

Aina Abdul Teruja Nak Rasai Suasana Berpuasa Di Tanah Suci

March 22nd, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Penyanyi, Aina Abdul memutuskan untuk berehat seketika dan memberi fokus kepada ibadah sempena bulan Ramadan yang bakal tiba.

Tunai umrah

Menerusi temu bual bersama pihak OhBulan! Aina berkata sepanjang tahun lepas sehingga sekarang ini dia terlalu sibuk dengan aktiviti seni. Oleh sebab itu, dia mengambil keputusan untuk berehat seketika dan mahu ke Tanah Suci Makkah sempena bulan yang mulia ini.

Ujar Aina, dia akan menunaikan umrah sehari sebelum Ramadan bersama ibu dan kakaknya.

Saya bertolak ke Tanah Suci menunaikan ibadah umrah bersama ibu dan kakak, hari ini. Ini adalah kali pertama, saya tak pernah menjejak kaki ke Makkah dan Madinah sebelum ini.

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×