berita

‘Air Mata & Lakonan Yang Hebat Boleh Menutup Mata Manusia’ – Ibu Aliff Aziz Tuju Pada Siapa?

April 4th, 2024 | by Alia
Kini Trending

ibu aliff

Satu per satu pendedahan dinyatakan oleh penyanyi dan pelakon, Bella Astillah tentang sikap suaminya Aliff Aziz yang didakwa curang 11 kali sepanjang mereka mendirikan rumah tangga.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bella Astillah Dedah Aliff Aziz Mengaku Sudah Tiada Perasaan, Nak Bercerai Sebelum Ditangkap Khalwat – ‘Aliff Kata Allah Bagi Perasaan Itu’

Artikel Berkaitan: Bella Astillah Dedah Aliff Aziz Curang 11 Kali – ‘Dia Juga Pernah Curang Dengan Adik Saya Sendiri’

Hantaran ibu Aliff

Sejurus selepas tersebarnya dakwaan terhadap Aliff, ibunya Siti Hafiza Basharahil memuat naik pandangannya di Instagram Story (IG).

Menurut wanita itu, air mata dan lakonan boleh mengaburi mata manusia.

Air mata dan lakonan yang hebat boleh menutupi mata manusia akan perbuatan dan siapa kita yang sebenar.

Tetapi yakinlah kita pasti akan takut pada bayang-banyang kita sendiri. Wallahualam. #pandanganikhlas

Bagaimanapun, Hafiza tidak menyatakan hantaran tersebut ditujukan kepada siapa.

Terdahulu, Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah mendakwa Aliff telah berlaku curang sebanyak 11 kali.

Lebih parah lagi, aktor yang berasal dari Singapura itu didakwa pernah menjalin hubungan cinta bersama adik iparnya, Eriqa Astillah.

Bella sebelum itu mengaku ‘menggunakan’ pelakon baharu, Muaz Zabir untuk membuat suaminya cemburu. Ia susulan tersebarnya foto dan perbualan mesra mereka di media sosial.

Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.

Sumber: IG Hafiza Basharahil

SKIP THIS AD ×