berita

Air Mata Rossa Dalam Hijrah Cinta Buat Kami Tersentuh!

July 4th, 2014 | by Ai
Kini Trending

rossa

Masih ingat dengan pelantun lagu ‘Ayat-Ayat Cinta’ dan ‘Atas Nama Cinta’? Kali ini, Datuk Rossa kembali dengan album terbaru yang berjudul ‘Love, Life & Music’ .

Setiap kali kami dengar lagu dendangan penyanyi kelahiran Indonesia ini, pasti perasaan akan terbuai dek germersik alunan suaranya yang menikam kalbu kan?

Kali ini, kami bawakan single perdana Rossa yang bakal memberikan impak emosi yang mendalam hinggakan Rossa turut menitiskan air mata.

rossa2

Single berjudul ‘Hijrah Cinta’ ini telah digarap menjadi sebuah muzik balada yang mana secara keseluruhannya menceritakan detik kehidupan yang penuh dugaan serta keinsafan.

Menggunakan khidmat komposer terkenal, Melly Goeslaw, kami pasti lagu ini bakal mengubat kerinduan peminat yang sememangnya menantikan kemunculan penyanyi genit ini.

Kalau nak tahu, MV berdurasi 6:24 ini menggambarkan bagaimana Rossa secara simboliknya ‘berhijrah’ ke arah kebaikan.

Screen Shot 2014-07-04 at 1.58.04 PM

Rossa masih berbisa

Screen Shot 2014-07-04 at 1.58.57 PM

Tersentuh kami apabila mendengar bait-bait lirik lagu ini yang begitu menyentuh perasaan kerana ia menggambarkan betapa kerdilnya hidup kita sebagai khalifah di bumi Allah.

Selain Hijrah Cinta, antara lagu lain yang turut dimuatkan dalam album ini adalah Sisakan Hatimu, Milyaran Abad, Hati Tak Bertuan dan Salahkah.

Apapun, jangan lupa dapatkan album terbaru Rossa ini dipasaran ya. Sebelum itu, kepada pembaca setia OHBULAN!, nah kami sediakan MV terbaru Rossa khas buat tatapan anda. Selamat menonton!

SKIP THIS AD ×